Wednesday, 28 March 2012

Paksa Kahwin kerana SPM






Bila ingat kembali zaman aku umur 17 waktu SPM.Aku rasa gembira bila aku dapat markah bahasa melayu 98 %. Bila aku teringat kembali cerpen yang aku tulis terasa nak ketawa.Kawan-kawan aku pun curi-curi membawa kertas aku setelah cikgu memuji cerpen yang aku buat itu.Aku cuba memanggil kembali bait kata yang aku tulis pada kertas itu.

******************************************

Cuti sekolah tinggal tiga hari lagi.Aku berehat sepuas-puasnya kat rumah sebelum masuk ke asrama semula.Aku melangkah kaki ke ruang makan untuk makan.Kelihatan umie dan abie sudah pun menunggu aku di ruang makan itu.Masing-masing saling berpandangan apabila melihat aku muncul di ruang dapur itu.Aku cuba bersikap seperti biasa kemudian duduk di hadapan mereka.Aku hanya diam saja sambil menjamah makanan di hadapanku.

Beberapa saat selepas itu,abie berdehem lalu aku mengangkat wajahku pdanya ; “Abie ada benda nak bagitau nie...” Wajah serius abie tidak sanggup untuk aku pandang lagi.
 
“Hmm..., kenapa abie?Hal apa?”
Aku menundukkan kepalaku ke bawah sedikit.Umie sudah pun bersuara. “Kamu tahu yang abang-abang kamu semuanya Berjaya.Tapi umie melihat kamu nie tidak dapat menandangi kepintaran abang-abang kamu...”
 
Aku diam.Abie pula mencelah. “Betul apa yang umie bgtau tu.., abie rasa semua sudah abie bagi kat kamu.”
Aku bersuara. “Abie...umie...., saya hargai apa yang umie dan abie bagi..., Cuma saya tidak dapat tangani kepintaran abng-abng yg lain...” Aku memberi alasan.

“Bukan kamu tidak mampu tapi kamu malas nak usaha.Abie tengok ujian peperiksaan pertengahan tahun kamu tidak memuaskan utk kami.” Pintas abie sambil merenung anak mataku.
Aku terkedu.Kemudian tundukkan kepala ke bawah sedikit.Kemudian aku mengangkat kembali. Wajah abie dan umie direnung.

“Abie dan umie.., sudah buat keputusan jiklau kamu tidak cemerlang dlm peperiksaan SPM...kami nak jodohkan kamu dengan anak Tuan Johari..., anaknya akan habis belajar di Syria...” Kata-kata Abie itu membuat jantungku terhenti seketika.Hah!! aku tak snggup kahwin muda...
“Abie...umie...., tapi saya tak nak kahwin muda2 lagi...” Aku cuba mengelak.
Wajah abie lebih serius lagi. “Abie tidak peduli...., yang penting kamu kahwin...jikalau tidak cemerlang SPM...” Ugut abie pdaku.

SUDAH sebulan peristiwa yang abie khabrakan pdaku itu.Katanya keluarga lelaki sudah pun datang merisik aku.Hah..., aku betul-betul keliru...Kata-kata abie terngianga-ngiaga di telingaku. “Jikalau kamu nak batalkan perjodohan ini.Kamu perlu cemerlang SPM...”
Sejak itu,aku mula bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.Masa rehatku banyak dihabiskan di perpustakaan sekolah dan study group saja.Aku benar-benar mahu membuktikan pada diri aku sendiri bahawa aku mampu untuk Berjaya.Akhirnya hari peperiksaan dilalui dengan penuh gembira kerna aku Berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.Aku tersenyum lebar setiap kali keluar medan dewan peperiksaan.

Peperiksaan sudah pun selesai,aku kembali tinggal dengan umie dan abie.Selang beberapa hari aku tinggal di sana.Keluarga si lelaki bertandang ke rumahku.Katanya umie..., kononnya nak datang tengok aku. Pantas aku masuk ke dalam bilik kemudian menangis teresek-esek. Waktu itu muncul abng kedua aku yang baru menamatkan pengajian di Jepun. “Jangan risau..., abang yakin kamu akan Berjaya SPM..., jadi tidak perlu kahwin dgn dia..” Abangku nak gembirakan aku.
Kemudian aku melihat senyum muncul di wajah abangku itu. Aku cuba membalas senyuman itu meskipun hatiku masih lagi keliru.

BULAN 3.., keputusan peperiksaan SPM sudah pun keluar.Aku orang yang paling berdebar sekali apabila tiba di sekolah.Dalam hati aku cuba berzikir pada Allah.Aku minta sangat-sangat pada Allah tika itu.Slip peperiksaan sudah pun berada di tanganku. Aku terkejut!!
Pantas aku berlari ke arah umie dan abie.Aku menunjukkan result aku itu.SubhanAllah..., aku memuji Allah.Sukar untuk aku percaya. Umie dan abie tersenyum....,tiba-tiba ada linangan airmata di pipi abie....
“Abie...,kenapa nangis?Abie tak suka ke?Abie sedih sebab impian abie untuk jodohkan saya tak tercapai ke?”

Pantas abie mengelap airmata itu. “Abie gembira sangat-sangat...”
Umie pun menghampiriku sambil memegang bahuku. “ Sayang.., sebenarnya umie dan abie merancang semua nie...”

Aku berkerut dahi..., “ Rancng apa,umie?”
“Rancangan untuk jodohkan kamu itu adalah kebohongan semata-mata.Umie dan abie tidak pun berniat untuk jodohkan kamu dengan anak Tuan Johari itu.Umie dan abie berpakat untuk rancang semua ini sebab kami nak kamu belajar sungguh-sungguh.” Terang umie padaku.

Hah!!Aku terkejut bukan kepalang. Raut wajah mereka dipandang. “Sebenarnya anak Tuan Johari itu adalah kawan baik abang ngah kamu.Idea nie abng ngah yang kasi kepada kami..” Abie pula menyampuk.
Pantas aku menoleh pada abang keduaku yang jaraknya tidak jauh daripadaku.Pantas aku mencubit lengan abangku yang sudah pun menghadiahkan senyuman sinis padaku. “Kami minta maaf..., tapi kami lakukan semua nie sebab mahu kamu Berjaya..” senyum abie pdaku.

Aku diam seketika kemudian aku memandang mereka. “Tak apalah..., abie dan umie...saya faham..saya hargai jasa umie dan abie...So sekarang saya tak jadi kahwin dengan anak Tuan Johari lar?”

“Hmm..., tak perlulah...” Jawapan abie itu membuatku aku gembira riang sekali.Aku merasakan Allah sedang mendengar jeritan tangisanku selama ini.Terima kasih ALLLAH...., aku syukur....



1 comment:

  1. sya suka cara penulisan awak . tenang , teratur dan dewasa :) semoga berjayaa :) !
    #Cheer Up !

    ReplyDelete