Wednesday, 28 March 2012

Apakah tersalah Jatuh Cinta


Aku tidak tahu samaada aku yang keliru atau aku memang tidak tahu langsung. Kadang kala aku termenung sendirian.Tidak tahu untuk meluahkan pada sesiapa kerna aku takut orang lain tidak akan sefahaman dengan aku. Benarkah apa semua ini? Saya pernah bertanyakan pada seorang sahabat mengenai ini.
“Pernahkan awak jatuh cinta?”
Dia tersenyum. “Peliknya soalan..., biasalah cinta monyet masa remaja. Zaman sekarang tidak sama dengan zaman dlu..”
Aku terkesima sekejap. “Benarkah cinta itu boleh ditentukan oleh peredaran zaman?” Desisku dalam hati.
Aku mengajukan soalan lagi. “Bagaimana rasa cinta monyet itu?” Aku keliru.
Dia tidak menjawab soalan aku kali ini.Malah dia membiarkan aku dalam kebinggungan. Dari situ aku mula menbuat kesimpulan; “Cinta itu sama dalam erti suka. Mungkin cinta monyet itu bukan dikatakan ‘cinta’ tapi hanyalah ‘suka’ sebab ia dikaitkan dengan zaman. Jadi sebenarnya istilah ‘SUKA Monyet’ sepatutnya digunakan...Aku tersenyum... “ada juga mnusia ‘suka monyet’....

Bertahun-tahun lamanya tiada sesiapa yang menjawab pertanyaan itu setelah sekian lama aku tidak menanyakan kepada sesiapa. Sampailah satu hari..., aku menghadiri suatu majlis menghafaz Al-Quran. Di situ aku bertemu dengan seorang lelaki yang kelihatan warak.Dia penghafaz Al-Quran dn dipndang baik oleh org lain. Di situ mula timbul stu perasaan...., aku membiarkan perasaan itu kerna aku tahu ia hanya hasutan dari syaitan.

Berhari-hari berlalu.., rupanya lelaki itu adalah pelajar satu skolah dgn aku. Urm.., kenapa selama aku tidak pernah pun tahu.Aku hanya perhatikannya.Aku lihat cara dia bergaul dengan kawan-kawan, cikgu. Dia juga selalu jadi iman di masjid skolah kami. Setiap hari dia akn menglunkan ayat Al-Quran di corong pembesar skolah kami...di situ aku mula rsa ada sesuatu.

Setelah sekian lama, rupanya dia adalah ank kepda abie aku. Abie berkwan baik dgn ayahnya. Aku tahu bila majlis rumah terbuka yg abie aku jemput rakan-rakannya. Aku curi-curi pndang dia dlm mjlis itu.Dia mesra sekali dengan abie dan umie aku. Pada hari itu.., aku mula menyimpan perasaan suka padanya.

Setelah majlis itu,ayah dia selalu dtg bertandang ke rumah kami. Aku senang dengan kehadiran keluarganya dlm rumah kami. Sejak aku kenal dia..., aku selalu merubahkan diri aku jadi lebih baik.Aku ingin jadi sepertinya. Akhirnya aku Berjaya.., namun hampa setelah aku tahu sesuatu daripada hidupnya. Sebelum ini,aku rapat adik perempuan dia. Adik dia baru menceritakan bahawa abangnya sudah mempunyai kekasih...,

“Hah??” Aku terkejut bukan kepalang pda hari itu. Aku cuba mencubit pipiku agar aku dpt merasakan aku sedang bermimpi.Ternyata aku tidak bermimpi....., ini adalah kenyataan.

“SEORANG PELAJAR PENGHAFAZ AL-QURAN ADA KEKASIH”...

Perkara itu disematkan dlm fkiranku. Aku tidak percya awalnya selagi aku tidak menyiasat sendiri hal ini. Aku kenal dengan kekasih dia. Dia merupakan kakak senior aku.
“Akak.., betulkan akak nie kekasih kepada (........)”

Tanpa segan silu kakak itu menjawab ‘ya’..

Aku beristiqfar dlm hati..., sungguh rapuh imanmu wahai pemuda..Selama ini aku menganggap kau begitu sempurna sehingga aku membentuk diriku menjadi seperti dirimu. Ternyata aku salah..., kau begitu murah dibeli oleh nafsu.... aku silap kerna mempercayai bhawa kau mampu jadi imam utk kami...

Sejak itu, aku tidak mempercayai sesiapa pun.Sehinggalah suatu hari,keluarga dia datang ke rumah kami kemudian merisik diri aku.Ketika itu aku masih berusia 15 thun..aku perlu hadapi peperiksaan PMR.., keluargaku menerima lamaran keluarganya. Aku binggung pinangan itu untuk siapa..setelah aku bertanya pada abie.., katanya pinangan itu datang dari lelaki itu. Hah.., aku terkejut lagi.

Lelaki itu menghntar sepucuk surat melalui adiknya kpdku.
“Saya telah mendengar dari adik prempuan saya mengenai awak. Benar kata awak saya tidak layak untuk dijadikan imam dlm hidup awak setelah kesilapan saya buat. Saya mengalami rasa cinta monyet pada ketika itu.Dan saya tidak tahu samaada cinta itu masih ada atau tak..., tapi saya akn cuba untuk menjauhkan perasaan ini. Saya telah putuskan hubungan saya dengan kakak senior awak..., pda awalnya dia tidak menerima..Namun saya telah terngkan semuanya padanya. Saya tidak mahu lagi terperangkap dlm kisah cinta monyet....biarlah ia hnya jadi kisah suka monyet saja..., sebab rsa cinta suci saya sebenarnya saya ingin berikan kepada isteri yg sah saya...Oleh itu, saya memilih utk keluarga sy meminang awk...tpi saya thu awak masih bljar lagi...Setelah saya pulang dari Jordan..., saya mahu awak jadi isteri saya....Wsalam...”

Bibirku terkunci serta merta.Dalam hatiku ‘Ya Allah..., benarkah persoalanku bertahun-tahun terjawab pda waktu ini.Sungguh besar RahsiaMu ya Allah...yg Mengetahui isi hatiku...”

p/s; Kisah yang simple tapi smoga dpt pengajaran dari kisah ini.


No comments:

Post a Comment