Tubuh Alia menggigil kesejukan.Tidak pernah dia mengalami
deman seteruk ini. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya tidak juga mampu
menampung kesejukan yang dialaminya.
Airmatanya
tidak pernah berhenti mengalir, hatinya terus membisik sesuatu.Dia beristigfar,
mengharapkan keampunan daripada Allah,Tuhan Penyembuh segala kesakitan.
Ubat yang
berada diatas meja, dipandang sayu. Hatinya membisik lagi. “Ya Allah, sakitnya
aku alami ini tidaklah seteruk sombongnya aku terhadap Mu selama ini. Aku
pasrah, kesakitan ini untuk menghapuskan dosaku.”
Sudah tiga hari berlalu, deman yang dialami oleh Alia tiada
perubahan malahan semakin teruk. Sudah dua kali, keluarganya membawa berubat
dengan doktor.Namun tiada juga kesannya.
Alia termenung di atas katil sambil berbaring. “Ya Allah,
celakannya aku jikalau aku mengingatiMu hanya ketika sakit tapi tidak ketika
aku sihat. Aku mohon ampun daripadaMu. Aku tahu ya Allah, doktor itu bukan
Tuhan dan ubat yang aku telan itu juga tidak ada manfaatnya tanpa Izin-Mu. Aku
pasrah.”
Alia masih tidak berputus asa berdoa,baginya tiada siapa yang
mampu membantunya melainkan kewujudan kuasa milik Allah. Sudah seminggu
berlalunya peperiksaan SPM, tapi keadaan masih seperti itu. Dia terpaksa
melalui pengalaman penting itu hanya di dalam wad hospital.
Keadaannya
benar-benar teruk, bahkan kata doktor beliau sendiri tidak mampu membuat
apa-apa kerana segala rawatan sudah dilakukan. Kata doktor juga, memang suhu
badanya tinggi tapi melalui pemeriksaan kuman-kuman di dalam tubuhnya
memberikan tindak balas yang positif, mengikut kata doktor secara logiknya Alia
sudah sembuh.
Mendengar
kata doktor seperti itu, Alia menangis teresek-esek. Dia merebahkan dirinya ke
lantai, melutut seperti mengemiskan sesuatu.
Ya, itulah yang Alia lakukan. Dia sedang mengemis simpati
daripada Penciptanya, iaitu Allah yang Maha Tinggi.
“Ya Allah,
Tuhan yang memiliki tubuhku,hatiku,anggotaku. Aku tahu, segala aku miliki
adalah pinjaman daripadaMu. Aku juga tahu, suatu hari nanti Engkau bakal
mengambil kepunyaanMu ini daripadaku. Tapi ya Allah, jikalau Engkau
izinkan..biarlah aku memulangkan kepadaMu dalam keadaan yang baik tanpa ia disakiti
kerana kesalahanku sendiri. Aku tidak sanggup menemui Mu kelak dalam keadaan
rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga amanahMu ini. Sembuhlah penyakitku
ini,ya Allah agar aku mampu meneruskan beramal ibadah kepadamu untuk menebus
segala dosaku padaMu....” Sedu berlagu kesedihannya. Airmata mengalir memang
tidak mampu disekat.
Alia begitu pasrah, dalam keadaan yang lemah. Dia sempat
menulis puisi kepada Penciptanya.
Kaki
dan seluruh anggota telah bersedia
Untuk
memegang Panji Islam.
Aku
salah seorang berdiri di barisan hadapan.
Namun
aku tersentak,
Bila
Allah menguji ini terlebih dahulu,
Mungkin
sebagai penghapus dosa
Namun
bila melihat orang tersayang..
Aku
binggung,
Tidak
semudah itu aku mengalah..
Aku
cuba melawan
Namun
Allah mengetahui segalanya.
Aku
takut,
Aku
takut tidak mampu menyambung perjuangan Rasulullah dalam keadaan begini.
Linangan
airmata selalu menemani,
Itu
bukan menandakan aku seorang yang lemah
Tapi
sedih kerana aku bakal mengecewakan Rasulullah.
Tiada
siapa mampu membantuku kecuali Allah...
Pagi itu, Alia bangun daripada pembaringan di atas katil.Dia
mengeliat kecil. Dia merasakan tubuhnya begitu ringan. Terasa suhu badannya
berkurang.Pahit tegaknya yang selama ini tidak terisi juga terasa. Dia
tersenyum.Dia menyentuh tangannya, hilang kegigilannya.
SubhanAllah,
segala puji bagiNya. Alia tersenyum lembut kepada kedua ibubapanya.
“Ya Allah,
aku tahu Engkau mengujiku kerana mencintaiku dan aku bersabar dan terus-terus
meminta daripadaMu kerana aku juga terlalu mencintaiMu sehingga mulutku tidak
sanggup untuk meminta pertolongan daripada manusia kerana aku tahu Engkaulah
sebaik-baik Penyembuhku.”
Alia bersujud syukur kepada Ilahi. Dahinya mencecah ke
lantai, menunduk kepada Ilahi.
|
No comments:
Post a Comment