Thursday, 22 November 2012

Sayangnya ALLAH

 

Tubuh Alia menggigil kesejukan.Tidak pernah dia mengalami deman seteruk ini. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya tidak juga mampu menampung kesejukan yang dialaminya.
            Airmatanya tidak pernah berhenti mengalir, hatinya terus membisik sesuatu.Dia beristigfar, mengharapkan keampunan daripada Allah,Tuhan Penyembuh segala kesakitan.
            Ubat yang berada diatas meja, dipandang sayu. Hatinya membisik lagi. “Ya Allah, sakitnya aku alami ini tidaklah seteruk sombongnya aku terhadap Mu selama ini. Aku pasrah, kesakitan ini untuk menghapuskan dosaku.”
Sudah tiga hari berlalu, deman yang dialami oleh Alia tiada perubahan malahan semakin teruk. Sudah dua kali, keluarganya membawa berubat dengan doktor.Namun tiada juga kesannya.
Alia termenung di atas katil sambil berbaring. “Ya Allah, celakannya aku jikalau aku mengingatiMu hanya ketika sakit tapi tidak ketika aku sihat. Aku mohon ampun daripadaMu. Aku tahu ya Allah, doktor itu bukan Tuhan dan ubat yang aku telan itu juga tidak ada manfaatnya tanpa Izin-Mu. Aku pasrah.”


Alia masih tidak berputus asa berdoa,baginya tiada siapa yang mampu membantunya melainkan kewujudan kuasa milik Allah. Sudah seminggu berlalunya peperiksaan SPM, tapi keadaan masih seperti itu. Dia terpaksa melalui pengalaman penting itu hanya di dalam wad hospital.
            Keadaannya benar-benar teruk, bahkan kata doktor beliau sendiri tidak mampu membuat apa-apa kerana segala rawatan sudah dilakukan. Kata doktor juga, memang suhu badanya tinggi tapi melalui pemeriksaan kuman-kuman di dalam tubuhnya memberikan tindak balas yang positif, mengikut kata doktor secara logiknya Alia sudah sembuh.
            Mendengar kata doktor seperti itu, Alia menangis teresek-esek. Dia merebahkan dirinya ke lantai, melutut seperti mengemiskan sesuatu.
Ya, itulah yang Alia lakukan. Dia sedang mengemis simpati daripada Penciptanya, iaitu Allah yang Maha Tinggi.
            “Ya Allah, Tuhan yang memiliki tubuhku,hatiku,anggotaku. Aku tahu, segala aku miliki adalah pinjaman daripadaMu. Aku juga tahu, suatu hari nanti Engkau bakal mengambil kepunyaanMu ini daripadaku. Tapi ya Allah, jikalau Engkau izinkan..biarlah aku memulangkan kepadaMu dalam keadaan yang baik tanpa ia disakiti kerana kesalahanku sendiri. Aku tidak sanggup menemui Mu kelak dalam keadaan rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga amanahMu ini. Sembuhlah penyakitku ini,ya Allah agar aku mampu meneruskan beramal ibadah kepadamu untuk menebus segala dosaku padaMu....” Sedu berlagu kesedihannya. Airmata mengalir memang tidak mampu disekat.
Alia begitu pasrah, dalam keadaan yang lemah. Dia sempat menulis puisi kepada Penciptanya.

Kaki dan seluruh anggota telah bersedia
Untuk memegang Panji Islam.
Aku salah seorang berdiri di barisan hadapan.
Namun aku tersentak,
Bila Allah menguji ini terlebih dahulu,
Mungkin sebagai penghapus dosa
Namun bila melihat orang tersayang..
Aku binggung,
Tidak semudah itu aku mengalah..
Aku cuba melawan
Namun Allah mengetahui segalanya.
Aku takut,
Aku takut tidak mampu menyambung perjuangan Rasulullah dalam keadaan begini.
Linangan airmata selalu menemani,
Itu bukan menandakan aku seorang yang lemah
Tapi sedih kerana aku bakal mengecewakan Rasulullah.
Tiada siapa mampu membantuku kecuali Allah...

Pagi itu, Alia bangun daripada pembaringan di atas katil.Dia mengeliat kecil. Dia merasakan tubuhnya begitu ringan. Terasa suhu badannya berkurang.Pahit tegaknya yang selama ini tidak terisi juga terasa. Dia tersenyum.Dia menyentuh tangannya, hilang kegigilannya.
            SubhanAllah, segala puji bagiNya. Alia tersenyum lembut kepada kedua ibubapanya.
            “Ya Allah, aku tahu Engkau mengujiku kerana mencintaiku dan aku bersabar dan terus-terus meminta daripadaMu kerana aku juga terlalu mencintaiMu sehingga mulutku tidak sanggup untuk meminta pertolongan daripada manusia kerana aku tahu Engkaulah sebaik-baik Penyembuhku.”
Alia bersujud syukur kepada Ilahi. Dahinya mencecah ke lantai, menunduk kepada Ilahi.

Monday, 5 November 2012

Temui Islam melalui Facebook







Kedatangannya ke bumi Serambi Mekah disambut oleh ana. Kebetulan, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sudah berakhir. Ana membawanya berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Kebetulan ketika dia sampai di Kelantan, Tok guru Nik Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Jumaat seperti biasa.
            Ketika kami melalui di kawasan itu, banyak mata yang tertumpu ke arah kami. Bayangkanlah ana memakai bertudung labuh dan berpurdah berjalan beriringan dengan ‘minah saleh’ yang putih melempak itu.
Kami duduk di bawah khemah yang disediakan bersama jemaah wanita yang lain.
            Kami mendengar ceramah Tok guru lebih kurang dua jam lebih. Dia tidak berganjak daripada tempat duduknya, walaupun dia belum faham apa yang dicakap oleh Tok guru sepenuhnya.
            Seorang mak cik disebelah ana bertanya; “ Dia orang puteh ke?” Dengan nada perlahan, mak cik bertanya.
            “Ya, mak cik. Dia sahabat saya daripada Australia.”
Mak cik itu mengerti. Setelah selesai ceramah tok guru. Kami memasang langkah berjalan-jalan lagi. Kemudian, kami duduk di taman yang berhampiran Muzium Negeri Kelantan.
Dia berbual dengan ana dalam loghat Englishnya dan diselang seli sedikit bahasa melayu kerana dia sudah mula mempelajari bahasa ibunda kami.
            “Kenapa ramai orang yang suka mendengar pak cik tadi bercakap?” Dia bertanya.
Aku tersenyum apabila mendengar dia menyebut perkataan ‘pak cik’ untuk Tok guru.
            “Dia adalah menteri besar di negeri ini. Beliau seorang yang tawadduk dan selalu mendekati rakyat dengan program-program seperti itu. Kehidupannya tidak pernah mewah, beliau hidup bersederhana. Memerintah negeri kerana Allah dan Rasulullah, kerana itu beliau disayangi rakyat dan sayangnya kami kepada beliau kerana beliau sering menyeru kami ke jalan Islam yang diredhai.”
            “Oh.., jadi pak cik tadi lakukan semua ini kerana Allah dan Rasulullah?”
Aku angguk mengiyakannya. “Bagi kami umat Islam, mencapai redha Allah dan Rasulullah lebih penting daripada mencapai pujian manusia kerana martabat kami ditinggikan oleh Allah bukan manusia.”
            “Bukankah pujian dan penghormatan manusia penting? Jikalau tak bagaimana manusia dapat memiliki kemewahan dan pangkat yang tinggi?”
            “Pujian dan pangkat daripada manusia hanya boleh digunakan di dunia saja. Tapi pujian dan martabat daripada Allah boleh digunakan di dunia dan juga akhirat.Contohnya begini, awak pergi ke pasar raya kemudian melihat dua produk yang baru keluar. Produk A harganya mahal tapi kualitinya sedikit. Tapi produk B harganya mahal tapi produknya berkualiti malah diberi tawaran beli satu dapat satu lagi. Mana satu yang awak akan pilih?”
            “Begitulah perumpamannya, untuk dapatkan dunia kita juga perlukan akhirat dan untuk dapatkan akhirat kita perlukan dunia.”
Dia tersenyum mendengar perjelasanku. Wajahnya yang putih melempak menbiaskan sesuatu.
            “Anis, kenapa agama awak tidak melarang awak mendekati saya. Bukankah saya ini bukan seagama dengan awak. Bukankah kafir itu jahat. Tuhan awak membenci orang-orang kafir kerana kami tidak suka kepada Islam. Bagaimana awak boleh bersahabat saya, sedangkan saya kafir dan Tuhan awak pasti marah kepada awak kerana bersahabat dengan saya?” Wajahnya membiaskan kesedihan.
            “Allah telah berfirman dalam kitab Al-Quran dalam surah al-Kafirun ayat 1-6 yang bermaksud; “Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.”
            “Islam tidak pernah melarang kami mendekati kalian, tapi Islam hanya melarang kami menyembah apa yang kalian sembahkan.Islam juga tidak pernah memaksa kalian menyembah apa yang kami sembah. Kami hanya diberi tanggungjawab untuk menyeru bukan memaksa.”
            “Islam yang diajarkan oleh Allah melalui Muhammad,Rasulullah adalah bersifat mulia. Bagaimana akhlak yang ditunjukkan oleh baginda menjadi ikutan kepada kami. Buktinya ketika dahulu, Rasulullah sering menyuapkan makanan kepada seorang lelaki tua yahudi yang buta di pasar, suapannya juga penuh dengan lemah lembut sehinggakan daging yang keras Rasulullah menguyahnya sehingga menjadi lembut barulah diberikan orang yahudi tadi. Tapi orang tua yahudi tadi sering mencemuh Nabi tapi dia tidak tahu bahawa yang menyuapnya itu adalah Muhammad Rasulullah. Sikap baginda berterusan seperti itu, sehinggalah baginda wafat. Sehingga orang yahudi menyedari bahawa yang menyuapnya itu sudah lama tidak menziarahinya, akhirnya datang seorang sahabat Muhammad namanya Abu Bakar menyuapnya, tapi orang yahudi itu mengatakan orang yang menyuapnya tidak sama dengan yang dulu. Maka kata Abu Bakar bahawa yang menyuapnya itu adalah Nabi Muhammad, Rasulullah kami. Maka kerana tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah orang yahudi tadi memeluk Islam.” Panjang lebar ana menerangkannya.
Dia mendengar dengan penuh perhatian.
            “Agama Islam tidak pernah memaksa sesiapa untuk menganutinya, cara yang ditunjukkan adalah dengan akhlak yang mulia. Nabi Muhammad diutuskan untuk mengajarkan manusia tentang kemulian akhlak.”
Ana melihat ada linangan di pipinya. “Sungguh, baik perangai baginda. Anis, boleh saya mengatakan sesuatu.” Airmatanya disapu.
            “Boleh ke jikalau saya nak mendampingi Islam?”
Aku terkejut, mendengar jumlah perkataannya itu. “SubhanAllah.., tentulah boleh. Kita akan jadi saudara nanti.”
            “Saudara?” Dia sedikit binggung.
            “Saudara seIslam.., Nabi Muhammad mengatakan umat Islam adalah bersaudara.” Aku tersenyum di sebalik purdah ini.
Ana membawanya berjumpa abie, setelah bertemu abie. Alhamdulillah dia mengucap dua kalimah syahadah bersaksikan keluarga ana.

                                                ***
Itulah Ruby, sahabat ana yang perkenalan kami berlaku di laman sosial Facebook. Sebelum ini, dia bersama keluarganya menetap di Singapura tapi setelah kematian ibubapanya ketika kecil, dia tinggal bersama neneknya di Australia. Membesar di negara itu membuatnya tidak ada peluang untuk mendapat pengetahuan tentang Islam. Walaupun sejumlah besar umat Islam di Sydney dan Melbaurne sudah ramai. Kami berkenalan sejak dia menanyakan tentang kitab suci Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad. Dia membuat perbandingan antara Bible dan Al-Quran, ternyata Al-Quran mempunyai bahasa yang indah dan cantik. Dia membaca terjermah Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Jikalau dia  tidak faham,  dia bertanyakan kepada ana. Dia bertanya tentang Islam, sehinggalah dia ingin bertemu dengan ana di Malaysia kerana ingin menyampaikan sesuatu.
            “Anis, saya membaca terjermahan Al-Quran lalu saya menemui sesuatu ayat tulisan yang bermaksud; “Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk). Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesat, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”
Mendengar saja dia membaca ayat itu, hati ana bergetar. SubhanAllah.
            “Apabila saya membaca ayat itu, hati saya terasa tenang. Kerana itu saya ingin segera menemui awak untuk katakannya kerana saya takut rasa ketenangan yang saya hadapi ini akan hilang. Ternyata benar, setelah saya menemui awak kemudian mengucapkan kalimah syahadah hati saya tenang dan saya tidak pernah rasa setenang ini.”
            “Anis, tolonglah jadi sahabat saya. Bimbinglah saya mencontohi akhlak Nabi Muhammad.”
Ana tersenyum ketika itu, malah ana sempat memberikannya seledang untuknya. Selepas ini, ana nak ajarkan banyak tentang Islam. Kemungkinan kami akan jadi sahabat yang terhebat. Sama-sama mempelajari tentang Islam.
            “Syukur pada Tuhan kerana menemui saya dengan awak meskipun melalui facebook. Tapi ketahuilah melalui itu, saya temui awak dan temui Islam. Terima kasih, kerana menjadi sahabat saya.”
Ruby atau nama Islamnya adalah Rabiatul Adawiah membuat permintaan kepada ana untuk bertemu dengan Tok guru, kerana ingin menziarahi beliau.Kebetulan rumah ana berdekatan dengan rumah tok guru. Insya-Allah, hasratnya akan tercapai sebelum dia berangkat kembali ke negaranya.