Wednesday, 28 March 2012

Surat untuk Calon Suamiku

 
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ke hadapan calon suamiku...

 Apa khabarmu imanmu hari ini? Sudahkah harimu diawalkan dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini?Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?

Wahai calon suamiku....
              
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku di latih untuk menjadi dewasa,agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri,namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
             
Kadang kala aku tertanya-tanya,mengapa Allah selalu menguji tepat di hatiku.Bahagiaan terlemah diriku,namun aku tahu jawapannya.Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa mengingati-Nya,kembali mencintai-Nya.Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat,sehingga ketika kelak kita bertemu,engkau berbangga memiliki aku di hatimu,menemani harimu.

Calon suamiku...
                Entah di mana dirimu sekarang.Tetapi aku yakin Allah pun mencintai sebagaimana Dia mencintaiku.Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat,hingga aku bangga memilikimu kelak.Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan.Semoga sama halnya dengan dirimu.Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku,hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.
               
Aku masih hauskan ilmu.Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini,aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu,suamiku.

Wahai calon suamiku....
                Ketika aku masih di bawah jagaan ayahanda dan bundaku,tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah,agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti,setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu,mendampingi dirimu yang soleh.
              
Aku ini seorang pencemburu.Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripadaku,aku rela.Aku harap begitu pula dirimu.
              
Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah ; “Aku minta pada Allah setangkai bunga segar,Dia memberiku kaktus berduri.Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberi ulat bulu,Aku sempat merasa kecewa.Betapa tidak adilnya dunia ini.
                Namun kemudian kaktus itu berbunga indah.Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.Itulah Allah,Dia tidak memberi apa yang kita inginkan,tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.”
Aku yakin engkaulah yang aku perlukan,meskipun bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah...
                Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita,tidak akan kunamakan ia gubuk derita.Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita dihiasi dengan cinta dan kasih sayang.Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita,bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal,dengan ilmu yang bermanfaat,terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah.Bunga akan indah pada waktunya .Ia akan mekar menghiasi taman.Maka kini sedang kupersiapkan dalam kehidupanku.
              
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik.Meski bukan umat yang terbaik tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku...
                Inikah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata.Seperti kata orang,tidak semua yang dirasai dapat diungkapkan dengan kata-kata.Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama,di situ engkau akan memahami diriku,sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu sehingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Pejuang?

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
Tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layani tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau TIDAK pun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh

katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yang kau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan perkataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
tapi KAU MASIH SEPERTI DAHULU.........

Azam Budak STAM.


Assalamualaikum warahmatuLlah.. Salam ukhwahfiLlah bil mahabbah..
bersihkan hati,,bisikkan kepada nurani,cinta kita yang tertinggi hanya pada Jihad,Rasul dan Ilahi..insyaAllah..

tik tok...tik tok..tik tik tik tik tik.....................

masa oh masa..cepat sungguh berlari..atau lebih tepat,cepat sungguh masa terbang..dah sebulan setengah cuti sekolah..ayuh kita muhasabah kejap..

sebelum cuti :

banyaknyerr perancangan..habiskan study silibus lepas..ta'aruf dengan bab baru..habiskan tu..siapkan ni..belajar tu..baca ni..kurangkan makan,tido,tgk tv,ect...

semasa cuti :

kejap2..cerita best ni...erm..kekg sikit..nak online dulu..haih..apa sebenarnya nak buat ni?
hurmmmm..

selepas cuti :

AllahuAkbar..menyesalnya tak selesaikan apa yang patut..dah bukak sekolah..masa cuti,banyak masa..banyak jugak yang dibazirkan..AstagfiruLlah..ampunilah kelalaian hambuMu ini..

acapkali hal macam ni terjadi bukan?acapkali itu bermaksud kita tak ambil langsung ibrah dari kesilapan yang lepas2..terus menerus menyalahkan masa yang cepat berlalu walhal kita yang tidak bijak berkawan dengan masa..(terkena atas batang hidung sendiri..)

sahabat2,kita muhasabah sama2 yer..semoga dengan kesempatan masih ada kita blh tumpukan spenuhnya pelajaran slps ini. Walaupun kesempitan masa yg terpaksa kita hadapi kerna baru lepas SPM..., tak mengapalah.Yang penting buat terbaik untuk kali ini.


renungkan hadis ni..

"aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku,besar perut(kuat makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan.."
Hadith riwayat al Daruqutni dan al-Dailami


Sebentar lagi nak masuk sekolah dengan azam baru. Insya-ALLAH bakal dapat kawan baru juga di sana nanti. Semoga Allah membantu dengan menemukan sy dgn ustaz dn ustazah yg dapat membantu perjalanan sy spjg STAM. Insya-Allah.., dengan suasana baru. Boleh sesuaikan diri.

“Ya Allah.., pertemukan hambaMu ini dengan sahabat seperjuangan dn kami saling membantu meneruskan agamaMu. Jadikan kami sahabat yg mampu saling membimbing agar sama-sama menuju syurgaMu.” (amin..)
Tahun ini adalah thun terakhir untuk kita semua berjuang sblum melangkah ke Jami’ah timur tengah.(Insya-ALLAH). Mudah-mudahan sgla yg kita pelajari tahun ini mampu utk kita melangkah ke sana nanti.

Insya-Allah.., slps ini dpt menjejak kaki ke bumi idamanku Jordan. Sy nk menuntut ilmu di sana. Mudah-mudahan hajat ini tercapai.. (amiin)

Sy mendoakan shabt perjuangan lain Berjaya. Kita sama-sama mencari ilmu kemudian tegakkan agama kita.Oleh itu kita perlu berusaha dlu.., jangan sekadar muhasabah tapi tidak berubah..ayuh kita atur langkah agar tak jatuh ke lembah..moga Allah redha!!sayang antum kerana Allah..

Menangis kerana Cinta



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

CUKUPLAH sekali didustai, jangan kau ulangi kesilapan yang sama..mampukah cinta tanpa ikatan bertahan bertahun- tahun lamanya.

Kerja untukmu,Sahabatku



Hari itu, aku mendengar kisah sedih daripada sahabatku. Hinggakn aku menangis dalam sujud tahajjudku pda ILLAHI.Aku bersyukur kerna dilahirkan dalam kehidupan abie dan umie yang menjaga sehingga aku mampu untuk jadi manusia seperti sekarang. Bila direnungkan kehidupanku cukuplah mewah kerna apa yang aku mahu selalu dipenuhi oleh umie dan abie kerna aku adalah satu-satu anak prempuan dlm keluarga. Namun kali ini jiwaku benar tersentak apabila aku menyedari kehidupan sahabatku yang jauh berbeza denganku.

Hidupnya benar-benar susah.Selama ini aku tidak tahu bahawa dia dipelihara oleh datuk dan neneknya sejak kecil lagi. Ibu kandung sudah lama meninggalkan dia dengan nenek dan datuk.Dia hilang entah ke mana. Dia pula tidak kenal siapa ayah kandungnya. Aku benar-benar cukup tersentuh dengan kehidupannya.Bagaimana dia melalui semua ini? Bagaimana jiklau aku ditempatnya? Apakah aku setegar jiwanya? Ya Allah..., aku tak tahu.

Kami sebelum ini bersekolah di sebuah Maahad yang hebat di Selangor. Aku sebelum ini pernah menanyakan kehidupan dirinya namun dia sering membisu.Aku jenis tidak suka memaksa.Bila dia sudah bersedia pasti dia memberitahuku. Kami bersahabat baik, dia sering mendakwah diriku. Kami saling nasihat menasihat dalam bab2 muslimah. Kami bertudung labuh sejak tingktan 1 dan kami istiqomahkn masa tingkatan 3. Dia menjadi pengawas sekolah dan juga ahli badan dakwah sama sepertiku. Alhamdulillah.., kami berjaya menghabiskan pengajian kami di Maahad dengan peperiksaan SPM.Setelah itu, banyak kedengaran dari sahabat-sahabat lain katanya,mahu mencari pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan. Aku pernah minta kebenaran abie utk berkerja namun abie tidak mengizinkan..katanya aku tidak sesuai untuk berkerja lagi kerna apa pekerjaan yang aku boleh lakukan dengan bertudung labuh dan memakai purdah selain menjadi guru taska. Untuk pekerjaan lain sudah tentu ditolak....

Suatu hari, sahabatku datang bertandang ke rumahku untuk memberitahuku bahawa dia sudah mendapat pekerjaan.Aku gembira untuk dia..., namun wajahnya tidak menunjukkan dia sedang gembira.

“Kamu ada masalah ke?”

Dia mengangguk seraya menundukkan kepalanya. “Pekerjaan yang saya dapat..., tidak sesuai dengan penampilan peribadiku..”

Aku hairan. “Kenapa dengan kerja ini?”
“Saya dapat kerja di sebuah stesen minyak. Tapi saya harus menanggalkan tudung labuh ini kerna perlu memakai uniform kerja yang disediakan oleh mereka. Memakai tudung singkat...,berseluar..dan memakai baju T-Shirt.Tapi dari sudut hati saya...., saya tak mahu...kerna ia mengancam jiwa saya kepada Allah.” Dia menangis. “Tapi saya sudah ikhtiar untuk cari kerja yg sesuai dgn penampilan sy..., nmun saya tak jumpa. Di samping itu, saya memerlukan wang untuk membantu nenek dgn datuk. Saya kasihan mereka. Jika saya dapat msuk U nanti setidaknya saya ada duit utk belanja ke sana. Tapi saya tak sangka bhwa smua nie akan menggugat jiwa sy.” Dia masih menangis.

Aku duduk disebelahnya untuk menenangkannya. “Awak..., ALLAH itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa niat hati kita. Saya simpati dengan awk. Kenapa selama ini awak tak pernah menceritakan kpd saya...setidaknya saya blh membantu apa yg sy mampu.”

“Urm.., saya tidak mahu membebankan fkiran awk dengan masalah hidup saya.” Ujarnya.

Aku menyentuh tangan kanannya. “Tiada erti sahabat jiklau fkir psal sahabat pun menjadi beban. Tidak guna jadi sahabat jikalau tidak blh membantu. Saya rsa lebih malu daripada tidak tahu psal awak dan tidak membantu awk. Kita hidup saling memerlukan. Mungkin sekarang ini ujian daripada Allah utk awk..., manalah thu jiklau suatu hari nanti saya pula yg diuji. Awak tahu..., sahabat itu ibaratkan seperti buah ginjal dlm bdan kita. Saling memerlukan. Selama ini awk jdi ginjal kiri saya..., jiklau awk sakit..., bererti sy juga yg sakit. Percayalah Allah ingin menguji pershbatan kita.” Aku menerangkn pdanya.

Tiba-tiba airmatanya deras mengalir. Aku turut menangis. “Saya minta maaaf kerna merahsiakan selama ini pda awk.”

“Tak mengapa..., sy tidak mahu awk kerja di sana. Insya-Allah..., saya akn minta tolong dgn abie utk carikan awk kerja. Buat semntara nie..., awk kerja dgn saya.” Aku mengukir senyuman manis.

Pantas dia mengelap airmatanya. “Kerja apa?”

“Kerjanya.., awk hrus bersahabat dgn sy 24 jam seumur hidup. Gajinya..., hadiah senyuman setiap kali 5 saat.”

Dia ketawa.Aku tersenyum lagi. “Hmm.., bestnyer kerja dengan awak.”

Aku turut ketawa. “Gembiranya sy melihat awk ketawa. Alhamdulillah.., sy jdi sahabat yg baik untuk awk..”

Dia memelukku. “Awak adalah sahabat yg baik. Saya tidak akn menyesal utk kerja 24 jam seumur hidup dengan awk.”

“Sahabat yang baik adalah dia berjaya membawa dan memimpin sahabatnya berjalan menuju ke syurga sama-sama. Bukan meninggalkannya melalui hidupnya dengan menanggung dosa kerna tidak memberitahu dan menasihati...Yang penting.., kita istiqomahkan diri kita dengan memakai tudung labuh.Kerna ini adalah perintah Allah..., bukan arahan saya atau sesiapa. Itu hak Allah. Ke mana pun kita lari..atau menyembunyikan kita tak akan terlepas daripada pandangan Allah.” Ujarku padanya.
Dia menghadiahkn senyuman mnis utkku.

“Bertuahnya siapa yg jadi sahabat awk..., alhamdulillah..sy terpilih.” Katanya...mengakhiri pertemuan kami hari itu.

p/s ; Untuk sahabatku Fara..., saya sayangkn awk sgt2. Minta maaf kerna saya nukilan kisah ini dalam pages ini. Saya ingin memberitahu pada sahabat-sahabat yang lain..., bahawa saya telah menemuikan awk kerja. Kerja yang ikhlas...iaitu jadi sahabat saya. Terima kasih kerna jadi sahabat saya. Awak berada di sisi saya.., menasihati saya selama ini.SubhanAllah..., aku bersyukur...

Apakah tersalah Jatuh Cinta


Aku tidak tahu samaada aku yang keliru atau aku memang tidak tahu langsung. Kadang kala aku termenung sendirian.Tidak tahu untuk meluahkan pada sesiapa kerna aku takut orang lain tidak akan sefahaman dengan aku. Benarkah apa semua ini? Saya pernah bertanyakan pada seorang sahabat mengenai ini.
“Pernahkan awak jatuh cinta?”
Dia tersenyum. “Peliknya soalan..., biasalah cinta monyet masa remaja. Zaman sekarang tidak sama dengan zaman dlu..”
Aku terkesima sekejap. “Benarkah cinta itu boleh ditentukan oleh peredaran zaman?” Desisku dalam hati.
Aku mengajukan soalan lagi. “Bagaimana rasa cinta monyet itu?” Aku keliru.
Dia tidak menjawab soalan aku kali ini.Malah dia membiarkan aku dalam kebinggungan. Dari situ aku mula menbuat kesimpulan; “Cinta itu sama dalam erti suka. Mungkin cinta monyet itu bukan dikatakan ‘cinta’ tapi hanyalah ‘suka’ sebab ia dikaitkan dengan zaman. Jadi sebenarnya istilah ‘SUKA Monyet’ sepatutnya digunakan...Aku tersenyum... “ada juga mnusia ‘suka monyet’....

Bertahun-tahun lamanya tiada sesiapa yang menjawab pertanyaan itu setelah sekian lama aku tidak menanyakan kepada sesiapa. Sampailah satu hari..., aku menghadiri suatu majlis menghafaz Al-Quran. Di situ aku bertemu dengan seorang lelaki yang kelihatan warak.Dia penghafaz Al-Quran dn dipndang baik oleh org lain. Di situ mula timbul stu perasaan...., aku membiarkan perasaan itu kerna aku tahu ia hanya hasutan dari syaitan.

Berhari-hari berlalu.., rupanya lelaki itu adalah pelajar satu skolah dgn aku. Urm.., kenapa selama aku tidak pernah pun tahu.Aku hanya perhatikannya.Aku lihat cara dia bergaul dengan kawan-kawan, cikgu. Dia juga selalu jadi iman di masjid skolah kami. Setiap hari dia akn menglunkan ayat Al-Quran di corong pembesar skolah kami...di situ aku mula rsa ada sesuatu.

Setelah sekian lama, rupanya dia adalah ank kepda abie aku. Abie berkwan baik dgn ayahnya. Aku tahu bila majlis rumah terbuka yg abie aku jemput rakan-rakannya. Aku curi-curi pndang dia dlm mjlis itu.Dia mesra sekali dengan abie dan umie aku. Pada hari itu.., aku mula menyimpan perasaan suka padanya.

Setelah majlis itu,ayah dia selalu dtg bertandang ke rumah kami. Aku senang dengan kehadiran keluarganya dlm rumah kami. Sejak aku kenal dia..., aku selalu merubahkan diri aku jadi lebih baik.Aku ingin jadi sepertinya. Akhirnya aku Berjaya.., namun hampa setelah aku tahu sesuatu daripada hidupnya. Sebelum ini,aku rapat adik perempuan dia. Adik dia baru menceritakan bahawa abangnya sudah mempunyai kekasih...,

“Hah??” Aku terkejut bukan kepalang pda hari itu. Aku cuba mencubit pipiku agar aku dpt merasakan aku sedang bermimpi.Ternyata aku tidak bermimpi....., ini adalah kenyataan.

“SEORANG PELAJAR PENGHAFAZ AL-QURAN ADA KEKASIH”...

Perkara itu disematkan dlm fkiranku. Aku tidak percya awalnya selagi aku tidak menyiasat sendiri hal ini. Aku kenal dengan kekasih dia. Dia merupakan kakak senior aku.
“Akak.., betulkan akak nie kekasih kepada (........)”

Tanpa segan silu kakak itu menjawab ‘ya’..

Aku beristiqfar dlm hati..., sungguh rapuh imanmu wahai pemuda..Selama ini aku menganggap kau begitu sempurna sehingga aku membentuk diriku menjadi seperti dirimu. Ternyata aku salah..., kau begitu murah dibeli oleh nafsu.... aku silap kerna mempercayai bhawa kau mampu jadi imam utk kami...

Sejak itu, aku tidak mempercayai sesiapa pun.Sehinggalah suatu hari,keluarga dia datang ke rumah kami kemudian merisik diri aku.Ketika itu aku masih berusia 15 thun..aku perlu hadapi peperiksaan PMR.., keluargaku menerima lamaran keluarganya. Aku binggung pinangan itu untuk siapa..setelah aku bertanya pada abie.., katanya pinangan itu datang dari lelaki itu. Hah.., aku terkejut lagi.

Lelaki itu menghntar sepucuk surat melalui adiknya kpdku.
“Saya telah mendengar dari adik prempuan saya mengenai awak. Benar kata awak saya tidak layak untuk dijadikan imam dlm hidup awak setelah kesilapan saya buat. Saya mengalami rasa cinta monyet pada ketika itu.Dan saya tidak tahu samaada cinta itu masih ada atau tak..., tapi saya akn cuba untuk menjauhkan perasaan ini. Saya telah putuskan hubungan saya dengan kakak senior awak..., pda awalnya dia tidak menerima..Namun saya telah terngkan semuanya padanya. Saya tidak mahu lagi terperangkap dlm kisah cinta monyet....biarlah ia hnya jadi kisah suka monyet saja..., sebab rsa cinta suci saya sebenarnya saya ingin berikan kepada isteri yg sah saya...Oleh itu, saya memilih utk keluarga sy meminang awk...tpi saya thu awak masih bljar lagi...Setelah saya pulang dari Jordan..., saya mahu awak jadi isteri saya....Wsalam...”

Bibirku terkunci serta merta.Dalam hatiku ‘Ya Allah..., benarkah persoalanku bertahun-tahun terjawab pda waktu ini.Sungguh besar RahsiaMu ya Allah...yg Mengetahui isi hatiku...”

p/s; Kisah yang simple tapi smoga dpt pengajaran dari kisah ini.


Menangis kerana PLKN



Senarai nama sudah terpapar di papan kenyataan sekolah.Aku membiarkan sahaja kawan-kawanku melihat senarai nama itu.Namun jeritan suara kawanku mengangguku. “Tiara..., awak dapat PLKN..” Dia gembira memberitahuku.
Hah??Aku terkejut..., biar betul aku dapat! Pantas aku melihat di papan kenyataan sekolah. Ya..,benar..namaku tersenarai di situ. Tiba-tiba perasaanku berkecamuk.Ada linangan airmataku mengalir secara tiba-tiba. Pantas aku melangkah kakiku. Aku duduk bersendirian di tangga asrama sekolah.Airmataku tidak henti-henti mengalir.
Tangan seseorng menyentuh bahuku. Aku menoleh ke kanan. Sahabatku Raihana duduk disebelahku. “Kamu sedih?Kerna PLKN?”

Aku diam,membisukan diri. “Aneh kan..., menangis kerna PLKN. Hati manusia tidak sama..., ada yang nak d nada yg tak nak..” Dia masih bicara.

Aku memandangnya. Seolah-olah daripada ayatnya itu ada maksud tersendiri. “Bagaimana saya sanggup untuk melepaskan tudung labuh yang selama ini tersarung di kepala saya dan harus terpaksa memakai tudung ciptaan mereka?” Pantas ayatku keluar.

Sahabatku Raihana diam.Aku mengeluarkan bicaraku lagi. “Saya juga tidak sanggup untuk melepaskan purdah yang saya pakai bertahun-tahun ini.Yang telah menjauhkan diri saya daripada sebarang gangguan manusia..”

“Tapi awak boleh pakai tudung labuh ini..., minta izin dengan ketua petugas. Dan jikalau pasal purdah.., awak buanglah dlu... lagipun muka bukanlah aurat.” Ujarnya.

Pantas aku menoleh. “ Awak fkir dalam tengah menyertai latihan memakai uniform mreka.., boleh ke bertudung labuh?Bagaimna waktu kita pkai uniform mreka..., tpi aurat kita tetap nampak. Hukumnya juga tetap sama iaitu Haram!”

Aku meneruskan bicaraku lagi meskipun nafasku tersedu-sedu kerna menangis. “Mereka hanya fkir psal nk ikut undang-undang mreka shja..tnpa memikirkan apa yg dibataskan..Jikalau bagi saya sejuta pun blum tentu saya nk masuk tempat itu.” Tegasku.

Kawanku itu diam tidak berkata apa-apa. Kerna ketegasanku. Hari itu, aku balik ke rumah. Raut wajahku tidak seceria dlu. Memikirkan PLKN..., semua kerja SPM aku tergendala seketika. Menyedari sikapku yang berubah. Abie menawarkan dirinya untuk bertanyakan kepadaku. Setelah abie tahu semua itu. Abie tersenyum . “Sayang.., anak abie..dah tentu abie tidak akn biarkan anak abie sedih mcm ni..Abie dah buat keputusan utk bayar saman so kamu tidak perlulah pergi..” Kata-kata abie itu melegakan aku.

Sudah berbulan-bulan berlalu. Surat PLKN sudah pun berada di tanganku. Aku berniat untuk sambung belajar jadi aku punya alasan untuk tidak ke PLKN. Dan selama-lamanya aku akan terus buat PENANGGUHAN utk ke sana..., daripada aku TANGGUNG dosa...

p/s ; Ini adalah kisah daripada sahabat saya yang mengalami kes ini. Saya tidak berani nak komen apa-apa. Bagi saya tindakan sahabat saya itu benar..., dan saya akan sokong jikalau sahabat-sahabat saya yang lain bertindak sedemikian juga.

Warkah untuk Dirimu


Saya kenal seseorang daripada kaum Adam yang merupakan seorang penghafaz Al-Quran dan hidupnya berunsurkan islamik.Dia juga berdakwah kepada orang lain...,namun bila dilihat kehidupannya...saya cukup terkejut bila dia pun mengamalkan budaya barat iaitu 'bercouple'...,

Jika diberi peluang saya ingin bertanya padanya...., "kenapa orang yang seperti kamu yang dekat dengan Allah boleh melakukan semua ini?Mungkinkah kamu tidak pernah berfikir bahawa kamu termasuk dalam golongan orang munafik?"

Oleh itu saya utuskan warkah ini kepada lelaki daripada Kaum Adam yang merasakan bahawa dia diperlukan dalam Islam untuk meneruskan agama Islam...,Kami kaum muslimah memerlukan pemuda yang sejati...,utk mendampingi kalian dalam perjuangan Islam dalam status yang sah bukan untuk dipermainkan...

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakahtuh...

Bismillahirahmanirahim...,

Kepada saudara yang budiman.Jangan rasa terkejut dengan kehadiran warkah yang tidak seberapa ini.Saya bukan nak memandang rendah pada saudara tapi ini hanyalah sekadar nasihat dan pandangan saja.Sebagai hamba Allah yang berhak untuk memberi nasihat maka saya sedaya upaya untuk memberi pandangan kepada saudara dalam membenarkan tentang agama Islam.
Terlebih dahulu saya memohon maaf jika pandangan saya ini akan membuat saudara terasa hati.Tapi saya hanya ingin menyampaikan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Saudara merupakan seorang penghafaz Al-Quran dan mengikut dalam Islam pahalanya cukup besar kerana mengamalkan perintah Allah dan juga mengikut sunnah Rasulullah.Pernahkah saudara mendengar hadis Rasulullah yang bermaksud;
“Perkara yang halal adalah jelas dan haram adalah jelas di antara ditengah adalah perkara yang meragukan.Ramai manusia yang tidak mengetahui,barangsiapa yang menjauhi perkara yang meragukan maka dia telah menyelamatkan agamanya.”
Apa gunanya kalau mempunyai ilmu tapi tidak pernah mengamalkannya.Tahukah bahawa Allah memurkai seseorang yang mempunyai ilmu tetapi tidak menyampaikan ilmu yang dianugerahkan kepadanya.Saya pasti saudara sudah mengetahui semua itu kerana saudara lebih mengetahui daripada saya...
Saya di sini bukan untuk berlagak pandai dan saya juga tidak mahu membuat saudara marah kerana saya pernah mendengar daripada seseorang bahawa apabila seorang penghafaz Al-Quran menegur kesilapan dalam keadaan marah terhadap orang lain bererti malaikat akan turut menyertai memarahi orang tersebut.Saya tidak mahu menghurai panjang soal ini.Biarlah itu menjadi rahsia saudara dengan Allah.
Tapi kadang-kadang saya binggung dengan pengamalan saudara dalam kehidupan.Sesungguhnya Allah telah menjelaskan bahawa yang haram akan tetap haram maka barangsiapa yang menghalalkan apa yang diharamkan bererti orang itu adalah pendusta agama yang paling besar.
Saudara merupakan bakal pemimpin agama Islam pada masa akan datang tapi sekiranya akidah saudara sendiri songsang mengapa mesti menyalahkan orang lain?Cuba saudara bayangkan sekiranya kita sendiri sebagai pewaris amanah dan juga penyambung dalam menyebarkan agama Islam boleh terjebak dalam perkara begini, apa yang berlaku dalam dunia remaja di luar sana.Bagaimana kita ingin menghalangkan maksiat ini terus berlaku sekiranya kita sendiri yang turut melakukan...dan bagaimana dengan generasi kita akan datang?!
Memang semua orang pernah melakukan kesilapan tapi jika kesilapan itu sering tidak membuat kita terus pandang ke hadapan itu menunjukkan kita seorang yang tidak boleh menerima kenyataan yang dibawa oleh Islam.Perumpamanya..,kita hanya mempelajarinya tapi tidak pernah mengamalkannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan Salah satu tanda-tanda kebesaran Allah,bahawa Dia jadikan kamu berpasang-pasangan (antara lelaki dan perempuan) agar kamu dapat bersenang-senang dengannya dan Allah jadikan antara kamu rasa cinta dan kasih sayang.Sungguh hal itu merupakan pelajaran bagi orang-orang yang berfikir.” Surah ar-Rum;21...
Ramai manusia fikir bahawa dengan keterangan Allah ini menunjukkan bahawa Allah telah menghalalkan apa yang diharamkan.Malah ini yang terjadi dalam kalangan masyarakat sekarang.Sesungguhnya Allah tidak pernah memberi izin dalam menghalalkan sesuatu ikatan melainkan perkahwinan yang sah.Yang dibenarkan dalam Islam hanyalah sekadar taa’ruf saja.Malah kita masih belum mendengar ada ayat-ayat Al-Quran mahupun hadis yang mengatakan menghalalkan ikatan percintaan sebelum perkahwinan.Seperti yang diistilahkan kekasih dan ‘couple’ di antara lelaki dan perempuan.
Benarlah kata seorang ulamak terkenal...,manusia pada akhir zaman merasakan lebih bijak daripada Allah iaitu dengan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.Kenapa susah sangat manusia mengikut perintah Allah?
Saudara memiliki sebuah hati yang bersih dengan liputi dengan ayat-ayat Allah malah Allah telah mengutuskan malaikat-malaikatNya untuk melindungi hambaNya ini daripada melakukan maksiat tapi mengapa masih terjadi perkara yang boleh merosakkan akidah seperti ini.Saya bukan sekadar ingin menasihati saudara saja tapi untuk diri saya juga supaya tidak akan terjebak dalam perkara maksiat seperti ini.Kita sama-sama khalifah di muka bumi Allah seharusnya kita saling menasihat antara satu sama lain agar kemakmuran agama kita tersebar luas.Kerana selemah-lemah iman adalah hanya menegur di dalam hati saja.

“Fitrah perlukan hidayah jika tidak fitrah akan jadi Fitnah.”

Manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari.Mungkinkah tanpa cinta umpama malam tidak bersiang?Mungkinkah bukan kerana cinta kita tak akan wujud di muka bumi ini?Adam bercinta dengan Hawa barulah terhasil zuriat di muka bumi ini.Senangnya cinta adalah satu perkara yang abstrak yang begitu dan indah berlandaskan jalan yang betul.Tapi saudara sekarang telah menghalalkan apa yang diharamkan.Maka oleh sebab itu cinta menjadi satu maksiat walhal pada mulanya cinta adalah satu makhluk yang suci murni yang dibawa turun dari syurga.
Saya menasihatkan supaya tangguhkan dulu soal perasaan, memang itu merupakan fitrah dalam hidup manusia.Sebaiknya tugas kita sekarang menyempurnakan tuntutan agama bukan setakat di dunia malah di akhirat kelak.Kerana jodoh pasti akan datang dan usah dicari.Pemuda yang soleh akan dipasangkan dengan wanita yang solehah.Itu merupakan janji Allah kepada orang-orang yang sabar dalam ingin mencari cinta.Di syurga Allah telah menyediakan bidadari yang begitu indah.

Ingatlah syaitan akan sentiasa meragukan kita dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan kita daripada mengingati Allah.

Firman Allah yang bermaksud; “Hai manusia,sesungguhnya janji Allah adalah benar,maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali syaitan yang pandai menipu,memperdayakan kamu tentang Allah.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu maka anggaplah ia musuh(mu)kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” Surah Faathir;5 dan 6

Paksa Kahwin kerana SPM






Bila ingat kembali zaman aku umur 17 waktu SPM.Aku rasa gembira bila aku dapat markah bahasa melayu 98 %. Bila aku teringat kembali cerpen yang aku tulis terasa nak ketawa.Kawan-kawan aku pun curi-curi membawa kertas aku setelah cikgu memuji cerpen yang aku buat itu.Aku cuba memanggil kembali bait kata yang aku tulis pada kertas itu.

******************************************

Cuti sekolah tinggal tiga hari lagi.Aku berehat sepuas-puasnya kat rumah sebelum masuk ke asrama semula.Aku melangkah kaki ke ruang makan untuk makan.Kelihatan umie dan abie sudah pun menunggu aku di ruang makan itu.Masing-masing saling berpandangan apabila melihat aku muncul di ruang dapur itu.Aku cuba bersikap seperti biasa kemudian duduk di hadapan mereka.Aku hanya diam saja sambil menjamah makanan di hadapanku.

Beberapa saat selepas itu,abie berdehem lalu aku mengangkat wajahku pdanya ; “Abie ada benda nak bagitau nie...” Wajah serius abie tidak sanggup untuk aku pandang lagi.
 
“Hmm..., kenapa abie?Hal apa?”
Aku menundukkan kepalaku ke bawah sedikit.Umie sudah pun bersuara. “Kamu tahu yang abang-abang kamu semuanya Berjaya.Tapi umie melihat kamu nie tidak dapat menandangi kepintaran abang-abang kamu...”
 
Aku diam.Abie pula mencelah. “Betul apa yang umie bgtau tu.., abie rasa semua sudah abie bagi kat kamu.”
Aku bersuara. “Abie...umie...., saya hargai apa yang umie dan abie bagi..., Cuma saya tidak dapat tangani kepintaran abng-abng yg lain...” Aku memberi alasan.

“Bukan kamu tidak mampu tapi kamu malas nak usaha.Abie tengok ujian peperiksaan pertengahan tahun kamu tidak memuaskan utk kami.” Pintas abie sambil merenung anak mataku.
Aku terkedu.Kemudian tundukkan kepala ke bawah sedikit.Kemudian aku mengangkat kembali. Wajah abie dan umie direnung.

“Abie dan umie.., sudah buat keputusan jiklau kamu tidak cemerlang dlm peperiksaan SPM...kami nak jodohkan kamu dengan anak Tuan Johari..., anaknya akan habis belajar di Syria...” Kata-kata Abie itu membuat jantungku terhenti seketika.Hah!! aku tak snggup kahwin muda...
“Abie...umie...., tapi saya tak nak kahwin muda2 lagi...” Aku cuba mengelak.
Wajah abie lebih serius lagi. “Abie tidak peduli...., yang penting kamu kahwin...jikalau tidak cemerlang SPM...” Ugut abie pdaku.

SUDAH sebulan peristiwa yang abie khabrakan pdaku itu.Katanya keluarga lelaki sudah pun datang merisik aku.Hah..., aku betul-betul keliru...Kata-kata abie terngianga-ngiaga di telingaku. “Jikalau kamu nak batalkan perjodohan ini.Kamu perlu cemerlang SPM...”
Sejak itu,aku mula bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.Masa rehatku banyak dihabiskan di perpustakaan sekolah dan study group saja.Aku benar-benar mahu membuktikan pada diri aku sendiri bahawa aku mampu untuk Berjaya.Akhirnya hari peperiksaan dilalui dengan penuh gembira kerna aku Berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.Aku tersenyum lebar setiap kali keluar medan dewan peperiksaan.

Peperiksaan sudah pun selesai,aku kembali tinggal dengan umie dan abie.Selang beberapa hari aku tinggal di sana.Keluarga si lelaki bertandang ke rumahku.Katanya umie..., kononnya nak datang tengok aku. Pantas aku masuk ke dalam bilik kemudian menangis teresek-esek. Waktu itu muncul abng kedua aku yang baru menamatkan pengajian di Jepun. “Jangan risau..., abang yakin kamu akan Berjaya SPM..., jadi tidak perlu kahwin dgn dia..” Abangku nak gembirakan aku.
Kemudian aku melihat senyum muncul di wajah abangku itu. Aku cuba membalas senyuman itu meskipun hatiku masih lagi keliru.

BULAN 3.., keputusan peperiksaan SPM sudah pun keluar.Aku orang yang paling berdebar sekali apabila tiba di sekolah.Dalam hati aku cuba berzikir pada Allah.Aku minta sangat-sangat pada Allah tika itu.Slip peperiksaan sudah pun berada di tanganku. Aku terkejut!!
Pantas aku berlari ke arah umie dan abie.Aku menunjukkan result aku itu.SubhanAllah..., aku memuji Allah.Sukar untuk aku percaya. Umie dan abie tersenyum....,tiba-tiba ada linangan airmata di pipi abie....
“Abie...,kenapa nangis?Abie tak suka ke?Abie sedih sebab impian abie untuk jodohkan saya tak tercapai ke?”

Pantas abie mengelap airmata itu. “Abie gembira sangat-sangat...”
Umie pun menghampiriku sambil memegang bahuku. “ Sayang.., sebenarnya umie dan abie merancang semua nie...”

Aku berkerut dahi..., “ Rancng apa,umie?”
“Rancangan untuk jodohkan kamu itu adalah kebohongan semata-mata.Umie dan abie tidak pun berniat untuk jodohkan kamu dengan anak Tuan Johari itu.Umie dan abie berpakat untuk rancang semua ini sebab kami nak kamu belajar sungguh-sungguh.” Terang umie padaku.

Hah!!Aku terkejut bukan kepalang. Raut wajah mereka dipandang. “Sebenarnya anak Tuan Johari itu adalah kawan baik abang ngah kamu.Idea nie abng ngah yang kasi kepada kami..” Abie pula menyampuk.
Pantas aku menoleh pada abang keduaku yang jaraknya tidak jauh daripadaku.Pantas aku mencubit lengan abangku yang sudah pun menghadiahkan senyuman sinis padaku. “Kami minta maaf..., tapi kami lakukan semua nie sebab mahu kamu Berjaya..” senyum abie pdaku.

Aku diam seketika kemudian aku memandang mereka. “Tak apalah..., abie dan umie...saya faham..saya hargai jasa umie dan abie...So sekarang saya tak jadi kahwin dengan anak Tuan Johari lar?”

“Hmm..., tak perlulah...” Jawapan abie itu membuatku aku gembira riang sekali.Aku merasakan Allah sedang mendengar jeritan tangisanku selama ini.Terima kasih ALLLAH...., aku syukur....



SubhanaAllah, Jodohku


Jodoh.., semua umat Islam yang ingin mengikuti sunnah Rasulullah pasti akan menginginkan sebuah perkahwinan. Tambahan lagi perkahwinan yang didirikan dengan cara yang diredhai oleh-Nya. Begitu juga yang terjadi pada dirinya . Ingin pasangan yang benar-benar jodoh daripada Allah. Dia membaca sebuah buku yang bertajuk ‘ISLAM dan Cinta’ hasil tulisan daripada penulis terkenal di Kaherah. Buku ini menjadi rujukan kegemaran penulis islamik A.Ubaidillah Alias semasa belajar di Mesir. Begitu juga dirinya. Segala persoalannya terjawab dalam buku itu.

Cinta itu terbahagi kepada tiga; Pertama,Cinta pada ALLAH dan RasulNya. Kedua; Cinta untuk berjuang di jalan Allah. Dan terakhir sekali digelar sebagai cinta pertengahan iaitu cinta pada suami isteri dan ibubapa.

Dia juga seperti wanita-wanita lain yang menginginkan sebuah perkahwinan dan seorang suami yang soleh.Yang mampu membimbing dirinya. Dia ingin mencari lelaki yang mampu membawa kapal nahkoda cinta rumahtangga yang dibina dengan penuh ketaqwaan agar dia dan bakal zuriatnya tidak akan tenggelam dan karam ditengah-tengah laut cinta yang dijanjikan seblum akad nikah itu diucapkan.


Namun,sudah lama dia mencari. Masih belum ditemui lagi. Setiap malam.., diari hidupnya diisikan dengan solat istikorah dan tahajjud. Untuk menjumpai lelaki yang benar-benar soleh terlalu sukar. Oleh itu,dia cuba untuk mensolehahkan dirinya sebelum bermimpi untuk menginginkan lelaki seperti itu.


Ramai jejaka yang datang meminangnya. Setiap kali itu juga..,dia akan solat istikorah untuk bertanyakan pada ALLAH (melalui solat itu). Namun jawapannya tetap tidak membela pinangan yang dia dapat. Akhirnya dia akan menolak dengan cara baik.


Sudah lama dia menanti. Akhirnya pada suatu malam yang sunyi dia menunaikan solat istikorah dengan linangan airmata penuh syahdu.Selesai solat dia berdoa kepada Allah.


“Ya Allah..., Tuhan yang memegang hatiku.Tuhan yang Mengetahui isi hatiku. Ya Allah..., dengarlah doaku pada malam ini. Ya Allah...., aku begitu mencintaiMu dan RasulMu. Jika benar tiada jodoh untukku di dunia...maka pertemukanlah aku dengan jodohku itu di syurga. Aku ingin mencintainya.....kernaMu. Aku mencari cintaku selama ini kerna aku ingin menjadi penguat semangat dalam memperjuangkan agamaMu seperti yg terjadi kpd Siti Aisyah dan Siti Khadijah terhdp Rasulullah. Aku ingin seorang suami yang boleh mengimani setiap solatku dan bakal zuriatku. Aku ingin seorang suami yang boleh mengajar aku mengaji dan mengalunkan Al-Quran serta zuriatku nanti. Aku mahu suami yang mempunyai ilmu agama dan cintakan kepada perjuangan Rasulullah.Jika benar jodohku tiada di sini....maka Engkau pertemukan kami di syurga. Aku ikhlas kepadaMu..Ya Allah...........................” Dia menangis tersedu-sedu.


Akhirnya kerna menahan tangisan itu di terlena di atas sejadah dan tangannya masih memegang tasbih.



Kabus putih bergumpulan mendekatinya. Sebuah taman yang indah sekali dihiasi dengan bunga-bunga putih. Dia tersenyum seraya dihatinya memuji Allah. “Sungguh indah tempat ini....”



Tiba-tiba dia terdengar suatu suara yang bergema. Suara itu bergema berulang kali. “ Aku akan menunggu kamu di sini.”

Dia mencari suara itu. Dia tidak menemui suara milik lelaki itu. Beberapa saat suara itu hilang.Setelah sedetiknya berlalu.., dia mendengar suara lelaki mengalunkan ayat Al-Quran. Suaranya sungguh merdu sekali. Dia tidak tergambar bagaimana wajah lelaki itu.Dia terduduk kerna tidak dapat menahan sebak di dada.


Akhirnya tubuh seseorang menghampirinya. Namun wajah lelaki itu tidak dapat kelihatan. Dia juga cuba menoleh namun seolah-olah ada suatu cermin putih menghalang dia untuk melihat.

“Usah kau bersedih lagi..., jodoh kamu pasti akan tiba sebentar lagi. Kenalilah dia dengan mempunyai suatu suara yang merdu. Dia mengalunkan ayat-ayat cinta kalam Allah dengan merdu malah dia mengingati setiap bait kalam Allah ini. Dia bakal jadi iman solatmu..., dan bakal zuriatmu nanti. Dia mempunyai wajah yang putih seolah-olah ada cahaya mengisinya. Kamu bakal mendirikan mahligai masjid dirinya dengan bahagia. Percayalah..., kerna Allah Mengetahui isi hatimu... Dia akan datang akan kepadamu suatu ketika dengan membawa hadiah sehelai sejadah berwarna putih keemasan dan rantai mutiara tasbih berwarna merah. Ketahuilah maksud warna putih sejadah itu adalah keikhlas cinta kamu kepada ALLAH dan RasulNya. Tasbih mutiara putih itu adalah keikhlasan kamu mencari cinta lelaki itu kerna Allah. Lihatlah sejadah dan tasbih ini.......”


Dia melihat sejadah dan tasbih itu. SubhanAllah..., ALLAH MAHA BESAR. Dia terpegun. Airmata mengiringinya. Dia melihat tubuh lelaki berdiri tidak jauh daripadanya.

“Tunggulah diriku di sana....” Ucap lelaki itu sambil menghilangkan dirinya daripada pandangannya. Beberapa saat kemudian,dia terjaga daripada tidur. Kemudian lihat merenung sejadahnya yang ditidur tadi kemudian tasbih yang dipegangnya itu. Hatinya lega kemudian dia menunaikan solat sujud syukur.

Dia melirik jam di dinding. Tepat jam pkul 12. Tarikhnya 17.8.2010...... Alhamdulillah.....


Dia akan terus menanti lelaki itu. Kerna itu adalah jodohnya yang dijanjikan oleh Allah. Allah memberitahunya melalui mimpi.Dia menulis bait kata untuk dihadiahkan kepada lelaki itu. Mungkin saja lelaki itu juga sedang mencarinya.

Kerinduan suaramu mengalunkan
ayat-ayat Allah membuat hatiku
rasa terpikat dengan maksud kata-kata itu

Kuhayati lunak suaramu
semirip dengan suara yang sering hadir dalam
mimpi malam indahku

Apakah aku sudah jatuh cinta
dengan suaramu
Alangkah indahnya
Jika aku dapat mendengar suara
Itu selalu

SubhanAllah..., aku mencintainya keranaMu
 SubhanAllah..., aku menyayanginya keranaMu
SubhanAllah.....Aku menantinya keranaMu

Madah dari Faisal Tehrani.







“Bukan puisi perang bukan juga keamanan atau segala yang seerti dengan perdamaian.Biar kita bicara dengan kejujuran tanpa retorik atau kidung syahdu bertangisan.Sekali ini biar kita jadi penyair dengan bom peledak,roket atau senapang.Kita anggaplah dunia tak akan kembali lagi,menjadi syurga buat merpati.Kita tulis puisi tentang kemanusian yang sudah mati tak ada harapan bangun lagi.

Jadi nukilan saya ini akan bercerita tentang juang,apa rahsiamu Nasrallah?Apa yang kau pupuk pada tentera Hizbullah?Tauhidmu sekamus dengan tauhidku.Selawatmu tak juga asing daripada selawatku.Jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?

Sungguh darah al-Hussein mengalir merah,setiap harimu as-syura.Setiap inci tanah buatmu Karbala.Tidak ada ibu selain Fatimah.Tidak ada amir selain Alia.Setiap tanah adalah Fadak,wajib kita tebus kembali.

Labaikka Ya Nasrallah,

Komander iman Mahadi,izinkan saya bersama-sama tenteramu.Andai kau ragu aku dengan peluru,mengibar bendera memadai buatku.Menuju ke Khaibar dengan teriak selawat,nanti kalau ditakdirkan saya mati di medan itu,orang akan tahu bahawa saya bukan penyair Saqifah dan saya juga tak malu menjadi Rafidah.Kita semua bangga,malah ingin turut serta ingin menjadi Nasrallah,jadi anggota PARTI ALLAH.”

Nukilan untuk Mereka



“Di bawah lazuardi yang berdarah.Wanita berwajah manis itu menghitung lagi satu demi satu nama setiap saudara dan tetangga yang sudah pergi dilumati bumi.

Dengan wajah penuh berparut dan bibir yang merekah.Dia menghafal lagi surah demi surah.Sejarah perjuangan dan kematian yang bermakamkan nisan dari Firdausi.

Dengan sepasang mata lesu,wanita berwajah manis itu termangu di sudut bangku kehidupan sambil menatap wadi maut yang berkocak di tebing hayatnya.

Sengketa yang mengamuk di bumimu,Palestin adalah duka perang yang membelenggu.Sebuah peradaban riwayat kemanusian adalah sebilah belati ngeri yang liar.Merobek-robek mangsa tanpa mengenal makna simpati.Adalah rohong algojo yang berabad-abad dahagakan darah adalah kesaksian bagi sekian pengkhianatan.

Palestin,nyawamu menggelepar lagi.Mengecamukkan mimpi dari ranjang hayat yang lara.Ke dunia lena yang ngeri,perang menyegat tanah,perang menggigit langit,perang memamah makna sejarah,perang meludah piagam ketamadunan.

Dari album kotamu terakam,bangkai-bangkai harapan yang makin membusuk erti perdamaian yang tersekat di kelangkang PBB bagai sebuah pasar gelap yang senyap-senyap menjaja ketulan nyawa milik warga tak berdosa.

Malam ini kuntum-kuntum akasia,gugur menimpa kaca jendela.Bintang-bintang meratap di langit terbuka,angin melenturkan duka dunia ke bukit-bukit tak bernama dan wanita berwajah manis itu terus berdoa memohon agar dunia mengembalikan manusia ke rumah kemanusiaannya.

Mari kita tanyakan kepada mereka,adakah mendengar khabar pembunuhan sama nikmatnya seperti meneguk segelas wiski sambil ketawa menonton iklan di kaca tv?
Ayuh!tanyakan kepada mereka,apakah tidak terlalu hina membiarkan kezaliman dan penganiayaan berlangsung pada zaman yang penuh peradaban.

Di Palestin,cuaca tak lagi mengirim makna.Musim tak lagi membawa petanda.Bau peluru takkan lebih busuk daripada mulut musuhmu.

Hari ini loceng yang bergema di menara dunia,adalah keriutan tulang-temulang warga murbamu.Kencana yang bangkit dari hanyir darah dan merah luka dari lelah langgir dan bumi yang diperkosa,adalah jihad perjuangan dari susur galur keturunanmu.

Takkan ada selama tinggal,takkan ada erti kekalahan kerana kalian sudah memilih perjuangan meskipun menempuhi galang penderitaan dan di sini,dengan iringan lafaz janji maknawi kami kibarkan seribu panji nurani bersama-sama naungan sumpah ikrar persaudaraan atas nama kemanusiaan dan keagamaaan.”

_ Al-Fatihah buat kakak-kakak kesayanganku,Aisyah Zahra dan Ainul Mardiah.Kepergiaan diri kalian benar-benar menguji diriku.Namun perginya kalian adalah penebus sebagai syahidah pada janji Allah.Terima kasih kerana semangat kalian tanam di dalam diriku ini.Mungkin diriku juga akan menyusul kalian.