Thursday, 22 November 2012
Monday, 5 November 2012
Temui Islam melalui Facebook
Kedatangannya ke bumi Serambi Mekah disambut oleh ana.
Kebetulan, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sudah berakhir. Ana
membawanya berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Kebetulan ketika dia sampai di
Kelantan, Tok guru Nik Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Jumaat seperti biasa.
Ketika kami
melalui di kawasan itu, banyak mata yang tertumpu ke arah kami. Bayangkanlah ana
memakai bertudung labuh dan berpurdah berjalan beriringan dengan ‘minah saleh’
yang putih melempak itu.
Kami duduk di bawah khemah yang disediakan bersama jemaah
wanita yang lain.
Kami
mendengar ceramah Tok guru lebih kurang dua jam lebih. Dia tidak berganjak
daripada tempat duduknya, walaupun dia belum faham apa yang dicakap oleh Tok
guru sepenuhnya.
Seorang mak
cik disebelah ana bertanya; “ Dia orang puteh ke?” Dengan nada perlahan, mak
cik bertanya.
“Ya, mak
cik. Dia sahabat saya daripada Australia.”
Mak cik itu mengerti. Setelah selesai ceramah tok guru. Kami
memasang langkah berjalan-jalan lagi. Kemudian, kami duduk di taman yang
berhampiran Muzium Negeri Kelantan.
Dia berbual dengan ana dalam loghat Englishnya dan diselang
seli sedikit bahasa melayu kerana dia sudah mula mempelajari bahasa ibunda
kami.
“Kenapa
ramai orang yang suka mendengar pak cik tadi bercakap?” Dia bertanya.
Aku tersenyum apabila mendengar dia menyebut perkataan ‘pak
cik’ untuk Tok guru.
“Dia adalah
menteri besar di negeri ini. Beliau seorang yang tawadduk dan selalu mendekati
rakyat dengan program-program seperti itu. Kehidupannya tidak pernah mewah,
beliau hidup bersederhana. Memerintah negeri kerana Allah dan Rasulullah,
kerana itu beliau disayangi rakyat dan sayangnya kami kepada beliau kerana
beliau sering menyeru kami ke jalan Islam yang diredhai.”
“Oh.., jadi
pak cik tadi lakukan semua ini kerana Allah dan Rasulullah?”
Aku angguk mengiyakannya. “Bagi kami umat Islam, mencapai
redha Allah dan Rasulullah lebih penting daripada mencapai pujian manusia
kerana martabat kami ditinggikan oleh Allah bukan manusia.”
“Bukankah
pujian dan penghormatan manusia penting? Jikalau tak bagaimana manusia dapat
memiliki kemewahan dan pangkat yang tinggi?”
“Pujian dan
pangkat daripada manusia hanya boleh digunakan di dunia saja. Tapi pujian dan
martabat daripada Allah boleh digunakan di dunia dan juga akhirat.Contohnya
begini, awak pergi ke pasar raya kemudian melihat dua produk yang baru keluar.
Produk A harganya mahal tapi kualitinya sedikit. Tapi produk B harganya mahal
tapi produknya berkualiti malah diberi tawaran beli satu dapat satu lagi. Mana
satu yang awak akan pilih?”
“Begitulah
perumpamannya, untuk dapatkan dunia kita juga perlukan akhirat dan untuk
dapatkan akhirat kita perlukan dunia.”
Dia tersenyum mendengar perjelasanku. Wajahnya yang putih
melempak menbiaskan sesuatu.
“Anis,
kenapa agama awak tidak melarang awak mendekati saya. Bukankah saya ini bukan
seagama dengan awak. Bukankah kafir itu jahat. Tuhan awak membenci orang-orang
kafir kerana kami tidak suka kepada Islam. Bagaimana awak boleh bersahabat
saya, sedangkan saya kafir dan Tuhan awak pasti marah kepada awak kerana
bersahabat dengan saya?” Wajahnya membiaskan kesedihan.
“Allah telah
berfirman dalam kitab Al-Quran dalam surah al-Kafirun ayat 1-6 yang bermaksud; “Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak
pernah (pula) apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.”
“Islam tidak
pernah melarang kami mendekati kalian, tapi Islam hanya melarang kami menyembah
apa yang kalian sembahkan.Islam juga tidak pernah memaksa kalian menyembah apa
yang kami sembah. Kami hanya diberi tanggungjawab untuk menyeru bukan memaksa.”
“Islam yang
diajarkan oleh Allah melalui Muhammad,Rasulullah adalah bersifat mulia.
Bagaimana akhlak yang ditunjukkan oleh baginda menjadi ikutan kepada kami.
Buktinya ketika dahulu, Rasulullah sering menyuapkan makanan kepada seorang
lelaki tua yahudi yang buta di pasar, suapannya juga penuh dengan lemah lembut
sehinggakan daging yang keras Rasulullah menguyahnya sehingga menjadi lembut
barulah diberikan orang yahudi tadi. Tapi orang tua yahudi tadi sering mencemuh
Nabi tapi dia tidak tahu bahawa yang menyuapnya itu adalah Muhammad Rasulullah.
Sikap baginda berterusan seperti itu, sehinggalah baginda wafat. Sehingga orang
yahudi menyedari bahawa yang menyuapnya itu sudah lama tidak menziarahinya,
akhirnya datang seorang sahabat Muhammad namanya Abu Bakar menyuapnya, tapi
orang yahudi itu mengatakan orang yang menyuapnya tidak sama dengan yang dulu.
Maka kata Abu Bakar bahawa yang menyuapnya itu adalah Nabi Muhammad, Rasulullah
kami. Maka kerana tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah orang
yahudi tadi memeluk Islam.” Panjang lebar ana menerangkannya.
Dia mendengar dengan penuh perhatian.
“Agama Islam
tidak pernah memaksa sesiapa untuk menganutinya, cara yang ditunjukkan adalah
dengan akhlak yang mulia. Nabi Muhammad diutuskan untuk mengajarkan manusia
tentang kemulian akhlak.”
Ana melihat ada linangan di pipinya. “Sungguh, baik perangai
baginda. Anis, boleh saya mengatakan sesuatu.” Airmatanya disapu.
“Boleh ke
jikalau saya nak mendampingi Islam?”
Aku terkejut, mendengar jumlah perkataannya itu.
“SubhanAllah.., tentulah boleh. Kita akan jadi saudara nanti.”
“Saudara?”
Dia sedikit binggung.
“Saudara
seIslam.., Nabi Muhammad mengatakan umat Islam adalah bersaudara.” Aku
tersenyum di sebalik purdah ini.
Ana membawanya berjumpa abie, setelah bertemu abie.
Alhamdulillah dia mengucap dua kalimah syahadah bersaksikan keluarga ana.
***
Itulah Ruby, sahabat ana yang perkenalan kami berlaku di
laman sosial Facebook. Sebelum ini, dia bersama keluarganya menetap di
Singapura tapi setelah kematian ibubapanya ketika kecil, dia tinggal bersama
neneknya di Australia. Membesar di negara itu membuatnya tidak ada peluang
untuk mendapat pengetahuan tentang Islam. Walaupun sejumlah besar umat Islam di
Sydney dan Melbaurne sudah ramai. Kami berkenalan sejak dia menanyakan tentang
kitab suci Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad. Dia membuat perbandingan
antara Bible dan Al-Quran, ternyata Al-Quran mempunyai bahasa yang indah dan
cantik. Dia membaca terjermah Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Jikalau dia tidak faham,
dia bertanyakan kepada ana. Dia bertanya tentang Islam, sehinggalah dia
ingin bertemu dengan ana di Malaysia kerana ingin menyampaikan sesuatu.
“Anis, saya membaca
terjermahan Al-Quran lalu saya menemui sesuatu ayat tulisan yang bermaksud; “Barang siapa dikehendaki Allah akan
mendapat hidayah (petunjuk). Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima)
Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya
sempit dan sesat, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah
menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”
Mendengar saja dia membaca ayat itu, hati ana bergetar.
SubhanAllah.
“Apabila
saya membaca ayat itu, hati saya terasa tenang. Kerana itu saya ingin segera
menemui awak untuk katakannya kerana saya takut rasa ketenangan yang saya
hadapi ini akan hilang. Ternyata benar, setelah saya menemui awak kemudian
mengucapkan kalimah syahadah hati saya tenang dan saya tidak pernah rasa
setenang ini.”
“Anis,
tolonglah jadi sahabat saya. Bimbinglah saya mencontohi akhlak Nabi Muhammad.”
Ana tersenyum ketika itu, malah ana sempat memberikannya
seledang untuknya. Selepas ini, ana nak ajarkan banyak tentang Islam.
Kemungkinan kami akan jadi sahabat yang terhebat. Sama-sama mempelajari tentang
Islam.
“Syukur pada
Tuhan kerana menemui saya dengan awak meskipun melalui facebook. Tapi
ketahuilah melalui itu, saya temui awak dan temui Islam. Terima kasih, kerana
menjadi sahabat saya.”
Ruby atau nama Islamnya adalah Rabiatul Adawiah membuat
permintaan kepada ana untuk bertemu dengan Tok guru, kerana ingin menziarahi
beliau.Kebetulan rumah ana berdekatan dengan rumah tok guru. Insya-Allah,
hasratnya akan tercapai sebelum dia berangkat kembali ke negaranya.
Wednesday, 28 March 2012
Surat untuk Calon Suamiku
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ke hadapan calon suamiku...
Apa khabarmu imanmu hari ini? Sudahkah harimu diawalkan dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini?Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?
Wahai calon suamiku....
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku di latih untuk menjadi dewasa,agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri,namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
Kadang kala aku tertanya-tanya,mengapa Allah selalu menguji tepat di hatiku.Bahagiaan terlemah diriku,namun aku tahu jawapannya.Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa mengingati-Nya,kembali mencintai-Nya.Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat,sehingga ketika kelak kita bertemu,engkau berbangga memiliki aku di hatimu,menemani harimu.
Calon suamiku...
Entah
di mana dirimu sekarang.Tetapi aku yakin Allah pun mencintai sebagaimana Dia
mencintaiku.Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang
hebat,hingga aku bangga memilikimu kelak.Apa yang kuharapkan daripadamu adalah
kesolehan.Semoga sama halnya dengan dirimu.Kerana apabila kecantikan yang
engkau harapkan daripadaku,hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.
Aku masih hauskan ilmu.Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini,aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu,suamiku.
Aku masih hauskan ilmu.Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini,aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu,suamiku.
Wahai calon suamiku....
Ketika
aku masih di bawah jagaan ayahanda dan bundaku,tidak lain doaku agar menjadi
anak yang solehah,agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun
nanti,setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah
agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu,mendampingi dirimu yang
soleh.
Aku ini seorang pencemburu.Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripadaku,aku rela.Aku harap begitu pula dirimu.
Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah ; “Aku minta pada Allah setangkai bunga segar,Dia memberiku kaktus berduri.Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberi ulat bulu,Aku sempat merasa kecewa.Betapa tidak adilnya dunia ini.
Namun
kemudian kaktus itu berbunga indah.Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang
sangat cantik.Itulah Allah,Dia tidak memberi apa yang kita inginkan,tetapi Dia
memberi apa yang kita perlukan.”
Aku yakin engkaulah yang aku perlukan,meskipun
bukan seperti yang aku harapkan.
Calon suamiku yang dirahmati Allah...
Apabila
hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita,tidak akan kunamakan ia gubuk
derita.Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita
dihiasi dengan cinta dan kasih sayang.Ketika kelak lahir generasi penerus
dakwah Islam daripada pernikahan kita,bantu aku mendidiknya dengan harta yang
halal,dengan ilmu yang bermanfaat,terutama dengan menanamkan pada diri mereka
ketaatan kepada Allah.Bunga akan indah pada waktunya .Ia akan mekar menghiasi
taman.Maka kini sedang kupersiapkan dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik.Meski bukan umat yang terbaik tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.
Calon suamiku...
Inikah
sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata.Seperti kata orang,tidak
semua yang dirasai dapat diungkapkan dengan kata-kata.Itulah yang kuhadapi
kini. Kelak bila kita bersama,di situ engkau akan memahami diriku,sama halnya
dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di
sisiku setiap waktu sehingga aku hembuskan nafas yang terakhir.
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh....
Pejuang?
katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang pejuang
Tapi kau masih assobiyyah
katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
kau masih layani tv , movie dan game dgn alasan nak release tension
katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA
katanya kau seorang pejuang
kau TIDAK pun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha
katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan
katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya
katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah
katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat
katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat
katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain
katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh
katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah
katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih
katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat
katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yang kau infakkan
katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi
katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan perkataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya
katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia
katanya kau seorang pejuang
tapi KAU MASIH SEPERTI DAHULU.........
Azam Budak STAM.
Assalamualaikum warahmatuLlah.. Salam ukhwahfiLlah bil mahabbah..
bersihkan hati,,bisikkan kepada nurani,cinta kita yang tertinggi hanya pada Jihad,Rasul dan Ilahi..insyaAllah..
tik tok...tik tok..tik tik tik tik tik.....................
masa oh masa..cepat sungguh berlari..atau lebih tepat,cepat sungguh masa terbang..dah sebulan setengah cuti sekolah..ayuh kita muhasabah kejap..
sebelum cuti :
banyaknyerr perancangan..habiskan study silibus lepas..ta'aruf dengan bab baru..habiskan tu..siapkan ni..belajar tu..baca ni..kurangkan makan,tido,tgk tv,ect...
semasa cuti :
kejap2..cerita best ni...erm..kekg sikit..nak online dulu..haih..apa sebenarnya nak buat ni?
hurmmmm..
selepas cuti :
AllahuAkbar..menyesalnya tak selesaikan apa yang patut..dah bukak sekolah..masa cuti,banyak masa..banyak jugak yang dibazirkan..AstagfiruLlah.
acapkali hal macam ni terjadi bukan?acapkali itu bermaksud kita tak ambil langsung ibrah dari kesilapan yang lepas2..terus menerus menyalahkan masa yang cepat berlalu walhal kita yang tidak bijak berkawan dengan masa..(terkena atas batang hidung sendiri..)
sahabat2,kita muhasabah sama2 yer..semoga dengan kesempatan masih ada kita blh tumpukan spenuhnya pelajaran slps ini. Walaupun kesempitan masa yg terpaksa kita hadapi kerna baru lepas SPM..., tak mengapalah.Yang penting buat terbaik untuk kali ini.
renungkan hadis ni..
"aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku,besar perut(kuat makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan.."
Hadith riwayat al Daruqutni dan al-Dailami
Sebentar lagi nak masuk sekolah dengan azam baru. Insya-ALLAH bakal dapat kawan baru juga di sana nanti. Semoga Allah membantu dengan menemukan sy dgn ustaz dn ustazah yg dapat membantu perjalanan sy spjg STAM. Insya-Allah.., dengan suasana baru. Boleh sesuaikan diri.
“Ya Allah.., pertemukan hambaMu ini dengan sahabat seperjuangan dn kami saling membantu meneruskan agamaMu. Jadikan kami sahabat yg mampu saling membimbing agar sama-sama menuju syurgaMu.” (amin..)
Tahun ini adalah thun terakhir untuk kita semua berjuang sblum melangkah ke Jami’ah timur tengah.(Insya-ALLAH). Mudah-mudahan sgla yg kita pelajari tahun ini mampu utk kita melangkah ke sana nanti.
Insya-Allah.., slps ini dpt menjejak kaki ke bumi idamanku Jordan. Sy nk menuntut ilmu di sana. Mudah-mudahan hajat ini tercapai.. (amiin)
Sy mendoakan shabt perjuangan lain Berjaya. Kita sama-sama mencari ilmu kemudian tegakkan agama kita.Oleh itu kita perlu berusaha dlu.., jangan sekadar muhasabah tapi tidak berubah..ayuh kita atur langkah agar tak jatuh ke lembah..moga Allah redha!!sayang antum kerana Allah..
Menangis kerana Cinta
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
CUKUPLAH sekali didustai, jangan kau ulangi kesilapan yang sama..mampukah cinta tanpa ikatan bertahan bertahun- tahun lamanya.
Kerja untukmu,Sahabatku
Hari itu, aku mendengar kisah sedih daripada sahabatku. Hinggakn aku menangis dalam sujud tahajjudku pda ILLAHI.Aku bersyukur kerna dilahirkan dalam kehidupan abie dan umie yang menjaga sehingga aku mampu untuk jadi manusia seperti sekarang. Bila direnungkan kehidupanku cukuplah mewah kerna apa yang aku mahu selalu dipenuhi oleh umie dan abie kerna aku adalah satu-satu anak prempuan dlm keluarga. Namun kali ini jiwaku benar tersentak apabila aku menyedari kehidupan sahabatku yang jauh berbeza denganku.
Hidupnya benar-benar susah.Selama ini aku tidak tahu bahawa dia dipelihara oleh datuk dan neneknya sejak kecil lagi. Ibu kandung sudah lama meninggalkan dia dengan nenek dan datuk.Dia hilang entah ke mana. Dia pula tidak kenal siapa ayah kandungnya. Aku benar-benar cukup tersentuh dengan kehidupannya.Bagaimana dia melalui semua ini? Bagaimana jiklau aku ditempatnya? Apakah aku setegar jiwanya? Ya Allah..., aku tak tahu.
Kami sebelum ini bersekolah di sebuah Maahad yang hebat di Selangor. Aku sebelum ini pernah menanyakan kehidupan dirinya namun dia sering membisu.Aku jenis tidak suka memaksa.Bila dia sudah bersedia pasti dia memberitahuku. Kami bersahabat baik, dia sering mendakwah diriku. Kami saling nasihat menasihat dalam bab2 muslimah. Kami bertudung labuh sejak tingktan 1 dan kami istiqomahkn masa tingkatan 3. Dia menjadi pengawas sekolah dan juga ahli badan dakwah sama sepertiku. Alhamdulillah.., kami berjaya menghabiskan pengajian kami di Maahad dengan peperiksaan SPM.Setelah itu, banyak kedengaran dari sahabat-sahabat lain katanya,mahu mencari pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan. Aku pernah minta kebenaran abie utk berkerja namun abie tidak mengizinkan..katanya aku tidak sesuai untuk berkerja lagi kerna apa pekerjaan yang aku boleh lakukan dengan bertudung labuh dan memakai purdah selain menjadi guru taska. Untuk pekerjaan lain sudah tentu ditolak....
Suatu hari, sahabatku datang bertandang ke rumahku untuk memberitahuku bahawa dia sudah mendapat pekerjaan.Aku gembira untuk dia..., namun wajahnya tidak menunjukkan dia sedang gembira.
“Kamu ada masalah ke?”
Dia mengangguk seraya menundukkan kepalanya. “Pekerjaan yang saya dapat..., tidak sesuai dengan penampilan peribadiku..”
Aku hairan. “Kenapa dengan kerja ini?”
“Saya dapat kerja di sebuah stesen minyak. Tapi saya harus menanggalkan tudung labuh ini kerna perlu memakai uniform kerja yang disediakan oleh mereka. Memakai tudung singkat...,berseluar..dan memakai baju T-Shirt.Tapi dari sudut hati saya...., saya tak mahu...kerna ia mengancam jiwa saya kepada Allah.” Dia menangis. “Tapi saya sudah ikhtiar untuk cari kerja yg sesuai dgn penampilan sy..., nmun saya tak jumpa. Di samping itu, saya memerlukan wang untuk membantu nenek dgn datuk. Saya kasihan mereka. Jika saya dapat msuk U nanti setidaknya saya ada duit utk belanja ke sana. Tapi saya tak sangka bhwa smua nie akan menggugat jiwa sy.” Dia masih menangis.
Aku duduk disebelahnya untuk menenangkannya. “Awak..., ALLAH itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa niat hati kita. Saya simpati dengan awk. Kenapa selama ini awak tak pernah menceritakan kpd saya...setidaknya saya blh membantu apa yg sy mampu.”
“Urm.., saya tidak mahu membebankan fkiran awk dengan masalah hidup saya.” Ujarnya.
Aku menyentuh tangan kanannya. “Tiada erti sahabat jiklau fkir psal sahabat pun menjadi beban. Tidak guna jadi sahabat jikalau tidak blh membantu. Saya rsa lebih malu daripada tidak tahu psal awak dan tidak membantu awk. Kita hidup saling memerlukan. Mungkin sekarang ini ujian daripada Allah utk awk..., manalah thu jiklau suatu hari nanti saya pula yg diuji. Awak tahu..., sahabat itu ibaratkan seperti buah ginjal dlm bdan kita. Saling memerlukan. Selama ini awk jdi ginjal kiri saya..., jiklau awk sakit..., bererti sy juga yg sakit. Percayalah Allah ingin menguji pershbatan kita.” Aku menerangkn pdanya.
Tiba-tiba airmatanya deras mengalir. Aku turut menangis. “Saya minta maaaf kerna merahsiakan selama ini pda awk.”
“Tak mengapa..., sy tidak mahu awk kerja di sana. Insya-Allah..., saya akn minta tolong dgn abie utk carikan awk kerja. Buat semntara nie..., awk kerja dgn saya.” Aku mengukir senyuman manis.
Pantas dia mengelap airmatanya. “Kerja apa?”
“Kerjanya.., awk hrus bersahabat dgn sy 24 jam seumur hidup. Gajinya..., hadiah senyuman setiap kali 5 saat.”
Dia ketawa.Aku tersenyum lagi. “Hmm.., bestnyer kerja dengan awak.”
Aku turut ketawa. “Gembiranya sy melihat awk ketawa. Alhamdulillah.., sy jdi sahabat yg baik untuk awk..”
Dia memelukku. “Awak adalah sahabat yg baik. Saya tidak akn menyesal utk kerja 24 jam seumur hidup dengan awk.”
“Sahabat yang baik adalah dia berjaya membawa dan memimpin sahabatnya berjalan menuju ke syurga sama-sama. Bukan meninggalkannya melalui hidupnya dengan menanggung dosa kerna tidak memberitahu dan menasihati...Yang penting.., kita istiqomahkan diri kita dengan memakai tudung labuh.Kerna ini adalah perintah Allah..., bukan arahan saya atau sesiapa. Itu hak Allah. Ke mana pun kita lari..atau menyembunyikan kita tak akan terlepas daripada pandangan Allah.” Ujarku padanya.
Dia menghadiahkn senyuman mnis utkku.
“Bertuahnya siapa yg jadi sahabat awk..., alhamdulillah..sy terpilih.” Katanya...mengakhiri pertemuan kami hari itu.
p/s ; Untuk sahabatku Fara..., saya sayangkn awk sgt2. Minta maaf kerna saya nukilan kisah ini dalam pages ini. Saya ingin memberitahu pada sahabat-sahabat yang lain..., bahawa saya telah menemuikan awk kerja. Kerja yang ikhlas...iaitu jadi sahabat saya. Terima kasih kerna jadi sahabat saya. Awak berada di sisi saya.., menasihati saya selama ini.SubhanAllah..., aku bersyukur...
Subscribe to:
Posts (Atom)





