Kedatangannya ke bumi Serambi Mekah disambut oleh ana.
Kebetulan, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sudah berakhir. Ana
membawanya berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Kebetulan ketika dia sampai di
Kelantan, Tok guru Nik Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Jumaat seperti biasa.
Ketika kami
melalui di kawasan itu, banyak mata yang tertumpu ke arah kami. Bayangkanlah ana
memakai bertudung labuh dan berpurdah berjalan beriringan dengan ‘minah saleh’
yang putih melempak itu.
Kami duduk di bawah khemah yang disediakan bersama jemaah
wanita yang lain.
Kami
mendengar ceramah Tok guru lebih kurang dua jam lebih. Dia tidak berganjak
daripada tempat duduknya, walaupun dia belum faham apa yang dicakap oleh Tok
guru sepenuhnya.
Seorang mak
cik disebelah ana bertanya; “ Dia orang puteh ke?” Dengan nada perlahan, mak
cik bertanya.
“Ya, mak
cik. Dia sahabat saya daripada Australia.”
Mak cik itu mengerti. Setelah selesai ceramah tok guru. Kami
memasang langkah berjalan-jalan lagi. Kemudian, kami duduk di taman yang
berhampiran Muzium Negeri Kelantan.
Dia berbual dengan ana dalam loghat Englishnya dan diselang
seli sedikit bahasa melayu kerana dia sudah mula mempelajari bahasa ibunda
kami.
“Kenapa
ramai orang yang suka mendengar pak cik tadi bercakap?” Dia bertanya.
Aku tersenyum apabila mendengar dia menyebut perkataan ‘pak
cik’ untuk Tok guru.
“Dia adalah
menteri besar di negeri ini. Beliau seorang yang tawadduk dan selalu mendekati
rakyat dengan program-program seperti itu. Kehidupannya tidak pernah mewah,
beliau hidup bersederhana. Memerintah negeri kerana Allah dan Rasulullah,
kerana itu beliau disayangi rakyat dan sayangnya kami kepada beliau kerana
beliau sering menyeru kami ke jalan Islam yang diredhai.”
“Oh.., jadi
pak cik tadi lakukan semua ini kerana Allah dan Rasulullah?”
Aku angguk mengiyakannya. “Bagi kami umat Islam, mencapai
redha Allah dan Rasulullah lebih penting daripada mencapai pujian manusia
kerana martabat kami ditinggikan oleh Allah bukan manusia.”
“Bukankah
pujian dan penghormatan manusia penting? Jikalau tak bagaimana manusia dapat
memiliki kemewahan dan pangkat yang tinggi?”
“Pujian dan
pangkat daripada manusia hanya boleh digunakan di dunia saja. Tapi pujian dan
martabat daripada Allah boleh digunakan di dunia dan juga akhirat.Contohnya
begini, awak pergi ke pasar raya kemudian melihat dua produk yang baru keluar.
Produk A harganya mahal tapi kualitinya sedikit. Tapi produk B harganya mahal
tapi produknya berkualiti malah diberi tawaran beli satu dapat satu lagi. Mana
satu yang awak akan pilih?”
“Begitulah
perumpamannya, untuk dapatkan dunia kita juga perlukan akhirat dan untuk
dapatkan akhirat kita perlukan dunia.”
Dia tersenyum mendengar perjelasanku. Wajahnya yang putih
melempak menbiaskan sesuatu.
“Anis,
kenapa agama awak tidak melarang awak mendekati saya. Bukankah saya ini bukan
seagama dengan awak. Bukankah kafir itu jahat. Tuhan awak membenci orang-orang
kafir kerana kami tidak suka kepada Islam. Bagaimana awak boleh bersahabat
saya, sedangkan saya kafir dan Tuhan awak pasti marah kepada awak kerana
bersahabat dengan saya?” Wajahnya membiaskan kesedihan.
“Allah telah
berfirman dalam kitab Al-Quran dalam surah al-Kafirun ayat 1-6 yang bermaksud; “Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak
pernah (pula) apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.”
“Islam tidak
pernah melarang kami mendekati kalian, tapi Islam hanya melarang kami menyembah
apa yang kalian sembahkan.Islam juga tidak pernah memaksa kalian menyembah apa
yang kami sembah. Kami hanya diberi tanggungjawab untuk menyeru bukan memaksa.”
“Islam yang
diajarkan oleh Allah melalui Muhammad,Rasulullah adalah bersifat mulia.
Bagaimana akhlak yang ditunjukkan oleh baginda menjadi ikutan kepada kami.
Buktinya ketika dahulu, Rasulullah sering menyuapkan makanan kepada seorang
lelaki tua yahudi yang buta di pasar, suapannya juga penuh dengan lemah lembut
sehinggakan daging yang keras Rasulullah menguyahnya sehingga menjadi lembut
barulah diberikan orang yahudi tadi. Tapi orang tua yahudi tadi sering mencemuh
Nabi tapi dia tidak tahu bahawa yang menyuapnya itu adalah Muhammad Rasulullah.
Sikap baginda berterusan seperti itu, sehinggalah baginda wafat. Sehingga orang
yahudi menyedari bahawa yang menyuapnya itu sudah lama tidak menziarahinya,
akhirnya datang seorang sahabat Muhammad namanya Abu Bakar menyuapnya, tapi
orang yahudi itu mengatakan orang yang menyuapnya tidak sama dengan yang dulu.
Maka kata Abu Bakar bahawa yang menyuapnya itu adalah Nabi Muhammad, Rasulullah
kami. Maka kerana tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah orang
yahudi tadi memeluk Islam.” Panjang lebar ana menerangkannya.
Dia mendengar dengan penuh perhatian.
“Agama Islam
tidak pernah memaksa sesiapa untuk menganutinya, cara yang ditunjukkan adalah
dengan akhlak yang mulia. Nabi Muhammad diutuskan untuk mengajarkan manusia
tentang kemulian akhlak.”
Ana melihat ada linangan di pipinya. “Sungguh, baik perangai
baginda. Anis, boleh saya mengatakan sesuatu.” Airmatanya disapu.
“Boleh ke
jikalau saya nak mendampingi Islam?”
Aku terkejut, mendengar jumlah perkataannya itu.
“SubhanAllah.., tentulah boleh. Kita akan jadi saudara nanti.”
“Saudara?”
Dia sedikit binggung.
“Saudara
seIslam.., Nabi Muhammad mengatakan umat Islam adalah bersaudara.” Aku
tersenyum di sebalik purdah ini.
Ana membawanya berjumpa abie, setelah bertemu abie.
Alhamdulillah dia mengucap dua kalimah syahadah bersaksikan keluarga ana.
***
Itulah Ruby, sahabat ana yang perkenalan kami berlaku di
laman sosial Facebook. Sebelum ini, dia bersama keluarganya menetap di
Singapura tapi setelah kematian ibubapanya ketika kecil, dia tinggal bersama
neneknya di Australia. Membesar di negara itu membuatnya tidak ada peluang
untuk mendapat pengetahuan tentang Islam. Walaupun sejumlah besar umat Islam di
Sydney dan Melbaurne sudah ramai. Kami berkenalan sejak dia menanyakan tentang
kitab suci Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad. Dia membuat perbandingan
antara Bible dan Al-Quran, ternyata Al-Quran mempunyai bahasa yang indah dan
cantik. Dia membaca terjermah Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Jikalau dia tidak faham,
dia bertanyakan kepada ana. Dia bertanya tentang Islam, sehinggalah dia
ingin bertemu dengan ana di Malaysia kerana ingin menyampaikan sesuatu.
“Anis, saya membaca
terjermahan Al-Quran lalu saya menemui sesuatu ayat tulisan yang bermaksud; “Barang siapa dikehendaki Allah akan
mendapat hidayah (petunjuk). Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima)
Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya
sempit dan sesat, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah
menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”
Mendengar saja dia membaca ayat itu, hati ana bergetar.
SubhanAllah.
“Apabila
saya membaca ayat itu, hati saya terasa tenang. Kerana itu saya ingin segera
menemui awak untuk katakannya kerana saya takut rasa ketenangan yang saya
hadapi ini akan hilang. Ternyata benar, setelah saya menemui awak kemudian
mengucapkan kalimah syahadah hati saya tenang dan saya tidak pernah rasa
setenang ini.”
“Anis,
tolonglah jadi sahabat saya. Bimbinglah saya mencontohi akhlak Nabi Muhammad.”
Ana tersenyum ketika itu, malah ana sempat memberikannya
seledang untuknya. Selepas ini, ana nak ajarkan banyak tentang Islam.
Kemungkinan kami akan jadi sahabat yang terhebat. Sama-sama mempelajari tentang
Islam.
“Syukur pada
Tuhan kerana menemui saya dengan awak meskipun melalui facebook. Tapi
ketahuilah melalui itu, saya temui awak dan temui Islam. Terima kasih, kerana
menjadi sahabat saya.”
Ruby atau nama Islamnya adalah Rabiatul Adawiah membuat
permintaan kepada ana untuk bertemu dengan Tok guru, kerana ingin menziarahi
beliau.Kebetulan rumah ana berdekatan dengan rumah tok guru. Insya-Allah,
hasratnya akan tercapai sebelum dia berangkat kembali ke negaranya.

No comments:
Post a Comment