Thursday, 22 November 2012

Sayangnya ALLAH

 

Tubuh Alia menggigil kesejukan.Tidak pernah dia mengalami deman seteruk ini. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya tidak juga mampu menampung kesejukan yang dialaminya.
            Airmatanya tidak pernah berhenti mengalir, hatinya terus membisik sesuatu.Dia beristigfar, mengharapkan keampunan daripada Allah,Tuhan Penyembuh segala kesakitan.
            Ubat yang berada diatas meja, dipandang sayu. Hatinya membisik lagi. “Ya Allah, sakitnya aku alami ini tidaklah seteruk sombongnya aku terhadap Mu selama ini. Aku pasrah, kesakitan ini untuk menghapuskan dosaku.”
Sudah tiga hari berlalu, deman yang dialami oleh Alia tiada perubahan malahan semakin teruk. Sudah dua kali, keluarganya membawa berubat dengan doktor.Namun tiada juga kesannya.
Alia termenung di atas katil sambil berbaring. “Ya Allah, celakannya aku jikalau aku mengingatiMu hanya ketika sakit tapi tidak ketika aku sihat. Aku mohon ampun daripadaMu. Aku tahu ya Allah, doktor itu bukan Tuhan dan ubat yang aku telan itu juga tidak ada manfaatnya tanpa Izin-Mu. Aku pasrah.”


Alia masih tidak berputus asa berdoa,baginya tiada siapa yang mampu membantunya melainkan kewujudan kuasa milik Allah. Sudah seminggu berlalunya peperiksaan SPM, tapi keadaan masih seperti itu. Dia terpaksa melalui pengalaman penting itu hanya di dalam wad hospital.
            Keadaannya benar-benar teruk, bahkan kata doktor beliau sendiri tidak mampu membuat apa-apa kerana segala rawatan sudah dilakukan. Kata doktor juga, memang suhu badanya tinggi tapi melalui pemeriksaan kuman-kuman di dalam tubuhnya memberikan tindak balas yang positif, mengikut kata doktor secara logiknya Alia sudah sembuh.
            Mendengar kata doktor seperti itu, Alia menangis teresek-esek. Dia merebahkan dirinya ke lantai, melutut seperti mengemiskan sesuatu.
Ya, itulah yang Alia lakukan. Dia sedang mengemis simpati daripada Penciptanya, iaitu Allah yang Maha Tinggi.
            “Ya Allah, Tuhan yang memiliki tubuhku,hatiku,anggotaku. Aku tahu, segala aku miliki adalah pinjaman daripadaMu. Aku juga tahu, suatu hari nanti Engkau bakal mengambil kepunyaanMu ini daripadaku. Tapi ya Allah, jikalau Engkau izinkan..biarlah aku memulangkan kepadaMu dalam keadaan yang baik tanpa ia disakiti kerana kesalahanku sendiri. Aku tidak sanggup menemui Mu kelak dalam keadaan rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga amanahMu ini. Sembuhlah penyakitku ini,ya Allah agar aku mampu meneruskan beramal ibadah kepadamu untuk menebus segala dosaku padaMu....” Sedu berlagu kesedihannya. Airmata mengalir memang tidak mampu disekat.
Alia begitu pasrah, dalam keadaan yang lemah. Dia sempat menulis puisi kepada Penciptanya.

Kaki dan seluruh anggota telah bersedia
Untuk memegang Panji Islam.
Aku salah seorang berdiri di barisan hadapan.
Namun aku tersentak,
Bila Allah menguji ini terlebih dahulu,
Mungkin sebagai penghapus dosa
Namun bila melihat orang tersayang..
Aku binggung,
Tidak semudah itu aku mengalah..
Aku cuba melawan
Namun Allah mengetahui segalanya.
Aku takut,
Aku takut tidak mampu menyambung perjuangan Rasulullah dalam keadaan begini.
Linangan airmata selalu menemani,
Itu bukan menandakan aku seorang yang lemah
Tapi sedih kerana aku bakal mengecewakan Rasulullah.
Tiada siapa mampu membantuku kecuali Allah...

Pagi itu, Alia bangun daripada pembaringan di atas katil.Dia mengeliat kecil. Dia merasakan tubuhnya begitu ringan. Terasa suhu badannya berkurang.Pahit tegaknya yang selama ini tidak terisi juga terasa. Dia tersenyum.Dia menyentuh tangannya, hilang kegigilannya.
            SubhanAllah, segala puji bagiNya. Alia tersenyum lembut kepada kedua ibubapanya.
            “Ya Allah, aku tahu Engkau mengujiku kerana mencintaiku dan aku bersabar dan terus-terus meminta daripadaMu kerana aku juga terlalu mencintaiMu sehingga mulutku tidak sanggup untuk meminta pertolongan daripada manusia kerana aku tahu Engkaulah sebaik-baik Penyembuhku.”
Alia bersujud syukur kepada Ilahi. Dahinya mencecah ke lantai, menunduk kepada Ilahi.

No comments:

Post a Comment